ramadhan & balik kampung

assalamualaikum wbt.
terima kasih sudi berkunjung ke rumah maya kak chaq ni...seadanya saja tahun ni, 
lampu liplap pon takdan nak gantung πŸŽ†πŸŽ†πŸŽ†
setulus ikhlas diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

merujuk ke tajuk...
bersambung cerita ramadhan tahun ni..20 ramadhan 1440H,
kak chaq dan anak3 berezeki balik ke kampung di hari pertama cuti sekolah bila en.suami tiba-tiba kena pergi job kat Thailand...lelajulah kami join si ayah gerak ke utara.
10hari berpuasa di kampung memang puashatilah, 
meronda bazaar Ramadhan sekitar Kedah&Perlis jengok-jengok juadah utara yang sesekali berjumpa tu πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹alhamdulillah, berezeki yang secukup rasa bak masakan di rumah..
enak-enak semuanya di ramadhan kali ni.
Anak yang ber3 tu memang bercuti tak hengatlah depa...sana sini situ sekejap dengan pakSu sekejap dengan pakLang, taklah terasa sangat ketiadaan si ayah yang pergi mencari rezeki menjelang lebaran.
masing-masing dah redha kalau ayah tak dapat balik di hari raya. 

bila berjalan jauh, anak3 seeloknya berpakaian sama, senang nak camπŸ˜…

suasana di belakang kampung yang lama tak di jenggok

abang long belajar sesuatu, dari menangkap ayam riuh sekampung sampailah menjadi seperiuk gulai ayam kampung.

makngah misi sefamily balik di hujung minggu...dia raya spital tahun ni
sesi berkenalan dengan mesin padi...

si abanglong mencipta pengalaman...sayangnya dah lepas musim menuai

"Farm in the Village" pulak kali ni...macam-macam adaπŸ‘Œ



Comments

  1. seronoknya dpt berpuasa lama kt kampung... budak2 tgh cuti sekolah mmg mcm2 lah aktiviti ye...

    cantik betul kampung akak ngn sawah padi bagai tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. smpai utara memang sawahpadi la dimn2, tp dlm gmbar tu entah kampung mana paksu paklang diorang bawa..akak blik kg kali ni tak nmpak pun mesin padi😁

      Delete
  2. Wah cantik2 gambarnya..pandai edit.

    Salam aidil fitri yea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes gambar berlebih2...tu yg combine je mn yg patut

      Delete
  3. Selamat hari raya kak chaq!
    Sesekali dapat balik kampung seronokkan. Balik lama pula tu, boleh anak2 explore macam-macam. Best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balas dendam lama tak blik kg kotπŸ˜‰...selamat Hari Raya PH

      Delete

Post a Comment

sudi-sudikan... :)