kakak Iris ke tahun 1

sebulan berlalu sesi persekolahan.....
sengajalah untuk anak yang ini si mama takde buat entry begitu begini di hari pertama ke sekolah, 
ke pengalaman membeli di kantin ke semua tu
gambarnya ada la juga snap walaupun guru besar dah sound awal-awal ke ibu bapa yang ghairah bermedia sosial ni...masih juga ada ibu bapa yang setia mengskodeng anak memasing sedari tingkap bilik darjah sampailah ke kantin sekolah masa rehat๐Ÿ˜…
tengok dari video yang di share, boleh nampak setiap sorang anak cikgu guide semasa membeli di kantin tetapi ada juga ibu bapa yang tumpang berasak-asak nak tangkap gambar anak dia membeli pulak...haihhh! 
 eh! aku ni tengok anak ke tengok karenah makbapa anak-anak ke gena ni๐Ÿ™Š
tersentap jugalah dengar cerita ada sekolah yang sampai anak-anak makan kat longkang bagai tu, 
tapi kita pikir positif je lah kan 
mana lagi ibu bapa yang cikgu dah suruh balik...tapi takmo balik tu nak duduk kalau tak di kantin
aku sejak hari pertama balik awal, sebab nak bawa balik boys yang berdua tu sekolah pagi..
masa rehat tak datang pun ngintai kakak Iris dia bawa bekal, tapi ada la bagi duit dannn laju dia membeli kat kantin tu banyak food yang dia suka katanya.
setelah sebulan bersekolah...
ini yang buat aku nak sangat menulis tentang kakak Iris ni...dia sudah berkenalan dengan 
"Kedai Sekolah"...apalagi bapak borek anak rintik lah...dan dan jadi anak ayah,
pantang jumpa stationery ada je yang nak di bawa balik๐Ÿ˜‡
si abang long tu tak heran pun dia kedai-kedai buku sekolah ni tempat dia beli buku semata.
girl sorang ni...hurmmmm๐Ÿ˜ nanti-nantilah kita becerita ye, kasi chance dia ๐Ÿ™€๐Ÿ˜ป๐Ÿ™€ kejap.
teringat pulak zaman aku bersekolah rendah...ada "kedai Kita"kat sekolah aku 
yang mana aku dan 2 lagi kawan jadi jurujualnya masa kami darjah 5&6...buka pagi dan masa rehat je kedainya,...budak-budak tahun1 lah seingat aku yang rajin singgah membelek pemadam/eraser...arini sorang beli, esoknya berderet mai nak beli "raba" (sekolah aku pemadam kami panggil 'raba')๐Ÿ˜œNO pinjam-pinjam raba naa, beli sendiri.
la ni...anak dara aku pulak rajin dok mengangkut eraser cute comel wangi pulak tu dari kedai buku sekolahnya. 

 "happy Family"...aminnn
    

Comments