terkujat eh!...dan cuti sekolah pun bermula

seperti yang kita sediamaklum...
tiada lagi sistem peperiksaaan untuk anak-anak tahap satu bermula tahun depan
baik ke idok?...ada la pro & kontranya di situ *baca di fb banyak berlalu-lalang👌
ramai yang menyambut baik...yang tak berapa nak menyambut baik pun nak tak nak belajar-belajarlah menyesuaikan diri...sementalah ada anak yang bakal ke tahun 1 buka sekolah nanti.
Yang terkujatnya...
tahap 2 turut tertempias sekali di sekolah anak-anak kami
abanglong dan rakan-rakan yang bertahun sudah, berbahagia di kelas terbaik...ditatang dipuji dipisahkan juga akhirnya...bertebarlah mereka ke kelas sederhana juga kelas-kelas belakang.
walaupun sudah banyak kali di ulang-ulang dek cikgu...
tak ada lagi istilah kelas depan kelas sederhana kelas belakang semua tu bermula tahun depan
tapi biasalah dah nama budak-budak...walaupun sudah di tahap 2.
ibubapa yang sebelum ini anaknya di kelas belakang menyambut baik untuk kebaikan anak mereka
tapi ibubapa anak-anak dari kelas depan lain sebenarnya yang dirisaukan😂 
moga dijauhkanNya, amin amin aminnn.
tapi kalau dah cikgu semua sudah sebulat suara untuk merealisasikan...ibu bapa iringi dengan doa
mungkinkah tahap 2 juga akan dimansuhkan peperiksaan😉

....ginilah lumrahnya, sekali ombak menghempas sekali pantai pun berubah.

hal kasut hitam kasut putih tak menjadi hal kerana bertahun sudah si abang berkasut hitam
t-shirt putih yang dibeli mama di awal tahun,...berpakai juga akhirnya di aktiviti terakhir pesekolahan.
In syaa Allah, mama sentiasa ada mengiringi hari-hari si abang💪💪💪💪💪
Happy School Holiday!

Comments

Post a Comment

sudi-sudikan... :)