resepi bawaan blogger

First of all 
πŸ™ sesiap kalau ada blogger masak yang termasuk sini gara-gara tajuk kat atas tu...
mana tau ini resepinya yang telah diolah alih.
Resepi ni aku dapat dari bawaan blogger ke blogger yang suka
cara ringkas masaknya pun tapi hasil "deboommm"
yeah!..satu lagi resepi pokok Kari sudah mariπŸ˜‚
Apa-apa tayang pokok Kari dulu,..resepi diberi nama "ayam karipole".
Tak gemar aku nak list2 bahan ni tapi dah aku buh tajuk resepi atas tu..sis cubaπŸ˜‰
hmm..terus ke cara ye😁
panaskan  minyak dan tumislah beberapa helai daun kari,
Masukkan kisaran bawang merah+bawang putih+halia+cili kisar
Tumis sampai pecah minyak.
Masukkan ayam yang telah di garam kunyit dan di goreng separuh masak.
Kemudian..curahkan secawan santan dan beberapa helai daun kari penyeri rupa.
Perasakan.

Siap!...πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ
seakan kuah ayam percik pun ada kalau tukar daun kari tu ganti dengan asam kepingπŸ˜‹ 
..buh pula gula merah sket dan dan jadi kuah percik ler pulak..sila adjust sesuka rasa.

anak kari yang kena prank dengan anak kurma tu hari...segar kembali berpucuk baru hujan-hujan ni
adik aku bagi lagi sepokok baru...pasunya dah dibeli tapi tak muat nak menyelit situπŸ˜…
ayam karipole..nya, macam biasa dah kenyang baru teringat nak tangkap gambar..sory atas kecomotan.

You Might Also Like

2 comments

  1. Akk pun suka masak kari kering2 gitew, takyah letak santan pun, cuma daun kari nan hado, tak tanam pokok kari.

    Tq resepi, resepi mudah camni mmg pilihan mak2 bekerja

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook