Kenangan keluar mengundi #PRU14

kenangan 9 mei 2018
semangat lebih aku nak mengundi pada pru14...dapat balik juga akhirnya
selepas puas lepak mamak dengan anak3 menunggu en.suami beratur hampir sejam untuk membuang undi di #kotaanggerik...lebih kurang 10pagi seusai en.suami membuang undi
kami berangkat balik nun ke #jerlun sana
hujan lebat kilat petir semua ada mengiringi perjalanan
sampai juga ke lokasi aku nak mengundi lebih kurang 4petang
takda cerita beratur berejam macam orang lain...aku sorang je pun kat saluran tu
saluran lain ramai pula sebab katanya pagi hujan tu yang ramai datang petang
apapun...diam-diam aku cancel plan konon nak selfie depan pintu sebelum masuk mengundi๐Ÿ˜€
sebab yang kat dalam bilik tu dah angguk-angguk suruh aku masuk๐Ÿ˜…

lepak mamak seksyen16
nak ke IRDKL tak sampai-sampai lagi kami ni
sampai ke mydin Padang Jawa mencari toilet...biasalah ramai-ramai ni kan๐Ÿ˜‡
first tu jari suami suci murni pagi-pagi lepas buang undi, jari isteri petang baru celup...hari ni dah kelupas2๐Ÿ˜…
sedikit coret-coret menjelangnya...
tercipta satu lagi sejarah untuk negaraku Malaysia pada 10 mei 2018
mulanya..semangat tunggu keputusan depan tv, adoiii..ngantuk tengok orang cakap-cakap..resultnya tak keluar-keluar juga...en.suami tujuk live kat hp dia...ok๐Ÿ‘Œ dapat agak dahhh
pelan-pelan sorang-sorang masuk tido
mak kami "orang lama" suram jer muka masuk tidoq
anak-anak mak jangan nak huhahuha syok sangat...pi masuk tidoq lekaih.

bangun tido 10mei2018....
laju keluar cari sarapan, happy pakcik roti canai mukhriz menang..sedap lain macam roti canai dia pagi tu dan semestinya beli "sorathabaq" aka suratkhabar
kat kampung laju tau je mana nak beli suratkhabar...kalau kat shah alam???๐Ÿ˜๐Ÿ˜…
siap berezeki jumpa pulut kuning gulai ayam lagi aku pagi tu..amboiii sangat, kihkih
jelingan maut mak aku bagi masa aku buka pulut kuning makan depan dia
dak aihh!...biasalah mak-mak, mana mau beli-beli..
dia jeling tu sebab aku beli awat tak masak pulut ada ja kat dapoq dia tu..
bukan sebab kerajaan baru naaa๐Ÿ˜‰ 



You Might Also Like

2 comments

  1. syabas...anda telah menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia :D

    ReplyDelete
  2. Haha.... sampai la, kuku masih berink Sue....
    Kita tengok apa perubahan yg kerajaan baru lakukan. Harap harap semakin baiklah hendaknya.

    Hakak pi pagi beratur sampai 3 jam Sue.

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook