di bawah pepohon ceri nan rendang #kualaPerlis

kluaq dahhh hashtag kualaPerlis aku😍
balik kampung lettewww...taksah kalau tak jalan-jalan makan angin petang di kuala Perlis
cerita hujung tahun hari tu la...
akan kan dari tahun lepas-lepas nun lagi dok teringin nak singgah ke gerai-gerai laksa tepi laut kat kuala Perlis tu..tq adik-adik aku yang telah menunaikan impian kakak mu😊
berderet sebenarnya gerai makan sepanjang kuala tu
untuk kali ni adik-adik aku bawa ke gerai antara yang ter'famous amous buat masa ni
ada ABC tinggiiiiii menarik tertarik la tengok...eh, kat kuala Perlis ABC dipanggil ais kacang
takdak yang merapu segala benda nak masuk dalam mangkuk ais kacang tu..macam ABC viral kot sini tapi tetap menarik dipandang telan air liur tengok meja sebelah makan ais kacang depa.
Cherry Corner kalau tak salah nama gerai tu..
sila google fb depa kalau nak tengok gambaq ais kacangnya
puashati dapat makan laksa pekat likat terangkat berpanoramakan laut kualaPerlis,
berbumbungkan rimbunan daun ceri berlatarbelakangkan sungai dan sawah padi nan menghijau, ecewahh...tapi ikut tekak mak kami ada satu lagi tempat yang lagi sedap laksanya di kuala Perlis, ok..next balik kampung! kita ke sana😅
selain laksa..ada juga hidangan dengan sup daging macam mee ke bihun ke koey teow sup semua tu,
memang feeling jugak hirup sup panas-panas tepi laut weyh...sat saja sup dah sejuk..angin kuat..
gigil-gigil makan ais kacang pulak tu, of course la order yang bersup jugak...tapi aku tetap menangkan bihun sup kat Jitra lagi, nak sup campoq ayam dan daging😉*selera besaq aihhh

jalan-jalan tepi laut di kuala Perlis
sepetang di bawah pepohon ceri nan rendang
berlatarbelakangkan sungai dan sawah padi nan menghijau...sayangnya semua muka bangun tidoq😊
bersama 3 daripada 5 adik yang aku ada..dok tunggu adik ke 6 tak muncul2 lagi

You Might Also Like

4 comments

  1. Replies
    1. asyik dengan laksa..terlepas nak snap sunset yang indah

      Delete
  2. Ya Allah bestnya tengok gambar bawah pokok ceri berlatar belakang sungai tu, terasa2 plan mcm berangin2 sama tu, eishhh...kena pi kola perlis cenggini nih.;)

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook