si anak cili tinggi sejengkal...

projek tumbuh gembira...bersambung cerita
hari ni nak tunjuk anak pokok cili yang disemai en.suami dulu...seronok tengok dari tanah kosong 
tup tup tumbuh anak-anak pokok comel ni...sejengkal saja tumbuh tingginya
tiba-tiba mengeluarkan kuntuman bunga untuk aku yang setia menyiram dia setiap hari
🌼berbunga-bungalah hatiku menengoknya
dari pengalaman lepas-lepas...bila tanam cili ada la bena putih datang buat kacau...
sampai kecut lentok pokok cili aku 
sama la dengan anak cili tinggi sejengkal ni pon
satu petang aku terperasan abih layu daun-daun dia yang cuma ada beberapa helai je la pun 
kuntum bunga yang baru nak berkembang pun terlentok sayu...
text en.suami...dia suruh buang je bena tu
dan dan aku belek setiap daun dan kikis buang semua bena putih dan bintik2 hitam yang ada di belakang setiap daun, nasiblah daun pun cuma ada berapa helai je pon
sampai tergugur selai daun aku terkerjakan...sorryyy😁
esok paginya...tengok semua daun segar kembali...bunga pun kembali mekar kembangnya
paling terharu, tempat bekas daun gugur selai semalam tu keluar tunas baru...
bercabang sudah sia anak cili tinggi sejengkal...setakat ni bertambah 3-4 helai daun kat tunas tu  
berbunga hatiku menangkap gambar bunga anak cili yang kekuningan warnanya..buh kat notaharianmama ni😍  

kuntuk-kuntum sulung si anak cili tinggi sejengkal
tragedi diserang bena...semua tertunduk layu...
kembali segar even ada selai dua daun dah kecut kedut senget dek serangan bena..cili apa ni kuning bunganya?

You Might Also Like

2 comments

  1. lama aida tak terjah sini...
    kesibukan melanda.
    best nyer ada tanaman.
    aida lom ada tanaman baru.
    yg kat depan tu pon, hidup segan mati tak mau !!! ha ha ha...

    ReplyDelete
  2. Masalah biasa bagi org yg suka menanam2 ni. Kalo akk sembur racun je kot. Rajin ngikisnya yea, tapi berbaloila kan, sbb ank cili dah segar semula.

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook