ole-ole dari kampung...."pandan"

untuk kesekian kalinya aku bawa balik anak pandan dari kampung ke sini...
musykil juga awat susah nau pokok-pokok pandan aku yang lepas-lepas nak survive kat sini
kali ni adik aku bagi yang sedang-sedang jer besarnya,..sedang elok la dengan pasu sedia ada tu
masa baru sampai dari kampung tu hari layu daunnya dok dalam bonet
aku biar semalaman terendam dalam air bahagian akarnya tu..
esoknya tengok dah segar bugar balik..tengok-tengok en.suami dah siap tanam kat pasu
sejuk tangan tukang tanam...moga tumbuh gembira
baru beberapa hari tanam...
assalamualaikum, minta gunting dua helai daunnya ya wahai si pokok pandan...anak request nasi lemak mama yang paling sedap tu
kiranya ni sumbangan jasa pertama pandan tu la
moga sedaplah nasi lemaknya..kali ni ada aroma daun pandan asli
selalunya aku guna santan pandan serbuk tu je
pada aku...selain nasi lemaknya...sambal nasi lemak tu yang lebih main peranan sebenarnya.
tak buat berjenis-jenis sambal pun, dah ada sambal bilis tak adalah sambal merah ayam
cukup dengan ayam goreng ala kfc dan timun potongšŸ˜…
nak banyak jenis sambal jom pi bungkus kat pakcik jual nasi lemak kat simpang sana..hehe

hidup biar berpasang-pasangan katanya, see...elok dah bercambah anaknya, moga tumbuh subur nanti kita pi beli pasu baru
2 helai daun yang sama-sama mai dari kampung tu hari..selamat berbaktišŸ˜˜
sambal bilis masih berbaki...ikan bilis k.selangor..beli yang siap kopek sedap dan mahal kemain kalah ayam.

You Might Also Like

6 comments

  1. salam kenal Kak Sue.
    sedapnye nasik lemak!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berkenalan untuk wanita Abd Mutalib, tq :)

      Delete
  2. Pokok pandan kat rumah saya ni dah habis saya caras. Sebab haritu dia naik merimbun sampai tak cukup tempat. Pastu try pulak tanam dalam pasu, langsung mati. Huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, pandan lagi sesuai atas tanah memang merimbun, jiran punya dah kena caras juga...byk nyamuk aedes sekarang.

      Delete
  3. Harap2 tumbuh subur pokok2 pandan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat hari ni, sepasu dah nyawa2 ikan WP, entahlah apa yg tak kena taktau lagi

      Delete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook