apalah yang disedihkan sangat tu...

seminggu blog mendung...suram muram terbawa-bawa dek emosi sedih yang melanda
petang isnin dengan perkhabaran sedih dari utara...#kedahanbersedih 
pergi tak kembali lagi satu-satunya Sultan Kedah yang aku kenal sejak zaman keanakan dok melompat kat masjid dengan tokwan dulu-dulu...
ingat lagi..siap je masjid baru yang dibina bersebelahan masjid sediaada...
tokwan dan qariah jadi sibuk yang amat,..
rupanya Sultan Kedah bakal mencemar duli bagi merasmikan masjid baru tu..yang ketika itu tokwan adalah siak yang menjaga mengurus tadbirnya.
berpeluanglah aku tengok Sultan Kedah depan mata...itu cerita sekitar 80an yang lampau..๐Ÿ˜”

mungkin disebabkan Sultan Kedah ni takde putera...berbeza sultan negeri lain ada puteranya yang menjadi raja Muda.
seingat aku...dulu Raja Malik iaitu adinda Sultan Kedah yang menjadi Raja Muda Kedah.
bagaimanapun Raja Malik telah mangkat beberapa tahun lepas.
...kini Sultan Salehuddin yang juga adinda kepada Sultan Kedah(Sultan Abdul Halim) adalah Sultan Kedah yang baru.

3hari Kedahan bersedih,...negara sekali lagi digemparkan...tragedi menyayat hati di pagi subuh hari Khamis...yang tak mampu aku nak tulis lebih-lebih...
berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikul...semoga seluruh ahli keluarga yang terlibat diberi ketabahan hati untuk redha menghadapi ujian ini.
apalagi setelah mendapat tahu hasil dari siasatan...ya Allah!
aku tahu..aku sedar...betapa sukarnya nak membesarkan..dan menjaga anak-anak remaja hari ini.
*peringatan untuk kita sebagai ibubapa,
sekali kita terleka, apa sahaja sanggup dan mampu mereka lakukan.

gambar aktiviti anak-anak kat sekolah di minggu mamanya dok melayan emosi...menghiasi enrty๐Ÿ˜Š
...menceriakan hari-hari mama.

feeling ootd ke cik Aisyah kita tu?...sory mama emosi takde mood jahit baju bendera๐Ÿ˜…
tak menang pakaian terbaik pun takpelah...janji dapat berarak sambut merdeka ke 60 di usia 5tahun.
abanglong juara dapat gold juga...rumah kuning ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

You Might Also Like

3 comments

  1. Sedihnya bila dapat tau tragedi yang menyayat hati tu angkara khianat.

    ReplyDelete
  2. Kan, Tak dapat dibayangkan ketakutan anak2 tu, ya Allah..sedih sangat..

    Tadika akk takde buat sambutan merdeka pun.

    ReplyDelete
  3. September yg sedih....ALfatihah utk mereka yg telah pergi. Moga rohnya ditempatkan bersama orang orang solih
    Kita yg hidup ni moga terus diberikan peluang mengumpul bekalan utk dibawa ke negara yg kekal abadi sana

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook