cerita kait pelam petik mangga

cerita balik kampung 2017
balik di hari raya...hari raya kedua hari menerima tetamu lah selalunya, 
tengaharinya selepas tetamu balik...kami tutup rumah sat, petang sket baru terima tetamu lagi😀
naik kereta pi sawah bendang nun jauh kat laluan ets sana
yes!situlah berdiri teguhnya sepohon mempelam yang ayah tanam masa aku kecik2 dulu
matang dah rupa pokoknya..macam aku lah jugak😚
dan masih setia mengeluarkan buah yang menjadi idaman ramai tu  
ada juga rezeki untuk anak cucu merasa musim ni..walau dah jarang-jarang buahnya

pakSu kena ada la...kalau kami je yang pi taktau dapat ke idok turunkan buah-buah tu😀
sesekali balik kampung..haruslah jejakkan kaki ke sawah menikmati kehijauannya
ada caranya juga nak turunkan buah takmo masuk parit apalagi tenggelam dalam lumpur sawah
orang paling teruja...ooo, baru tau gini datangnya buah mangga ni..biasa tengok kat pasar jer😅
kira jangan tak kira..berapa dah dapat buahnya
berebut-rebut nak kumpul buah...tangan kena getah cepat2 lap kat baju😏
masa untuk tengok ets lalu😆...kerap juga rupanya...err, pinjam gambar dari hp en.suami je la, aku sebok carik buah😀

You Might Also Like

4 comments

  1. Suasana kehijauan sawah padi yang mendamaikan.

    ReplyDelete
  2. wowww...banyaknya hasil buah mangga tu... mcm2 boleh buat... hehe

    ReplyDelete
  3. Cantiknya suasana dia.... Ni baru betui sepohon pokok daunnya rimbun haha....
    Puas makan manggalah ye Sue Raya hari tu

    ReplyDelete
  4. Wah bestnya buah mangga fresh camtu, dahla fresh, dpt mkn byk2 plak tu.

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook