puanCheese buat samperit

ehems...ehems
orang rumah buka cerita dapur pagi ni👀
hiks...
jadi juga aku nak bersamperit tahun ni, lepas puas memusing cari acuan yang dihajati tapi tak dapat ponnn...redha guna acuan plastik tekan guna ibu jari...sambil terkenang acuan "sawa" mak😶
sesuai sangatlah adunan bercheese ni untuk aku...
agak dah setengah adunan menyemperit,ibu jari mula kebas-kebas tu...
maybe doh dah makin mengeras...boleh je nak lembikkan balik doh tu dengan menambah adunan cheese yang dah tersedia👍
resepi samperit dengan adunan cheese ni famous tahun 2014 rasanya, aku ambik kat fb tahun tu.
tapi ramai dah yang share kat blog...google je 'resepi samperit cheese'.
bila google resepi..refer la 2-3resepi..blog resepi yang berpengalaman biasanya..ada share tips, tu yang penting sebenarnya bila mencuba resepi google ni kan.

samperit puanCheese
bahan asas membuat samperit...selain bahan sampingan dah sedia ada kat dapur

You Might Also Like

2 comments

  1. Wahh. Cantiknya semperit awak buat. Mesti sedap kan.

    ReplyDelete
  2. cantik kejadian semperit cheese ni. mesti sedap kan. salam aidilfitri ya. :)

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook