seranting sakura

tiba-tiba tv yang terpasang sejak tadi tanpa ada yang menontonnya...
terpadam sendiri, diikuti bau hangit terbakar
cepat2 off plug dan sampai la ni belum ada yang sudi nak jenguk tv tu...tak berani sebenarnye😁
tamat sudahkah riwayat tv kotak yang sudah hampir sepuluh tahun tu bersama kami?
mungkin lebih..berbelas tahun sudah rasanya tv tu di sini,
...tv kotak?
susah dah nak jumpa sekarang...orang semua berebut-rebut beli tv nipis
ada anak-anak kecil suka panjat2 lompat2, tv sekeping kena gantunglah
tv kotak pun bahaya jugak,...ngeri baca berita anak-anak kecil kena hempap dek tv kotak.
eh, cukuplah cerita tv...kita tengoklah untung nasib dia kejap2 lagi
...mendung hari ni
selepas 2-3hari terik garing semalam...seranting sakura di laman berkembangan
kalau hujan abihlah lembik gugur sakura tu...nasiblah kereta perang yang tumpang berteduh bawahnya...."koch-koch hota hai" la kereta perang tu selepas hujan💃💃💃

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook