Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula...

tempat kenangan zaman berdua-duaan dulu duluan...
zaman-zaman mabuk mual anak sulung.. situ la en. suami suka bawa..anytime, SA-->PD-->SA apalah sangat😍...privacy situ 7-8 tahun dulu.
Masa tu tempat ni macam terbiar lagi..
selalunya kami parking jauh, bawah pokok rhu pantai sebelah rasanya..
lepas tu jalan kaki kat pasir pantai yang jarang orang lalu.. ada tumbuhan menjalar atas pasir.. hati-hati tumbuhan tu berduri.. cucuk kaki aku, tu yang ingat sangat tu😅
lama dah kan bangunan lama runtuh-runtuh tu dah takde, tapak tu di buat parking bertar sekarang, lama juga perasan cuma kali ni baru berpeluang singgah kembali ke situ.
Dah ada nama.. "pantai cahaya negeri"
cantik lagi terjaga.. ada toilet tempat mandi dan surau yang terjaga.
Menarik la tempat redup-redup gini pada aku...
free je if compare lepak kerusimeja berbumbung khemah..sewa rm50 tau.
Dulu aku suka situ sebab ada jambatan nak ke satu pulau kecil.. feeling-feeling jambatan dalam filem erra fazira berlakon jadi gemoksss tu...gambar kat jambatan sambung next entry la kot😉
Sampai la ni ada je jambatan tu.. ramai nau umat manusia datang bergambar kat jambatan tu sekarang.. pulau kecil di hujung jambatan pun dah ada namanya.. "pulau Burung".
Aku rasa situ sekarang antara tempat riadah orang tempatan.. yang just datang picnic balik hari..
yang nak berkhemah unggun api bawah pokok rhu pun ada je sebab ada laluan kita boleh bawa kereta parking tepi pantai dan pasang khemah sebelah kereta, best kan.

cantik dah sekarang tempat ni...
toilet surau semua dah ada..jualan buih sabun juga yang dicari anak3 aku ni
next time kita datang pagi-pagi..bawa bekal bentang tikar sini😀..feeling2 orang PD
jambatan untuk ke pulauBurung, sebelah sana bawah pokok rhu tu kita boleh bawa kereta ke situ & pasang khemah 👍
view pokok rhu redup-redup sana tu la..tempat feveret aku dulu-dulu😊

You Might Also Like

2 comments

  1. Kat PD ke ni Sue. Belah mana ek? Hakak suka gak gi PD ni. Sebab dekatlah kalau datang dari KL ni.

    Aduhhh.....udah mengimbau kenangan lama pulak. Ada pulak beradik lagi ni hihi...

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook