majlis kawen sedara-mara

lama dah rasanya tak bertemu sedara-mara belah keluarga en.suami
kena tunggu hari raya...
baru semua anak cucu cicit balik berkumpul di kampung tokPah kat Parit Buntar
lagi satu bila pakcik2 en.suami yang dok kl dok cheras sana tu berkenduri-kendara
wajiblah semua munculkan diri😊
boleh jumpa tokPah yang semakin dimamah usia...
tersentuh hati bila tokPah bagitau mata pun dah tak nampak,
meraba nenek bersalam membelai cucu-cicit yang saban tahun bertambah-tambah

kali ni kenduri kawen anak Pakcik yang dok kat Bandar Sri Permaisuri
majlis kat Pusat Komuniti...kat tingkat8, boleh tengok lrt lalu bawah sana😀
bergambar kat photobooth😍
pengantin dah sampai
bagi laluan, raja sehari menuju ke singgahsana indah di pentas depan
makan dah..bertemu sedara dahhh..2 maam besar berselfie kat belakang...balik dahhh
hari ni nak share ole-ole best dari keluarga pengantin....kek marble sedap👍dalam kotak hadiah, kata anak3
serius sedap👌...goodie bag untuk birthday anak-anak kat sekolah pun menarik ni👍

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook