March 3, 2017

daftar Aisyah ke Tahun 1

Alhamdulillah,
selesai sudah hari ni daftar persekolahan Aisyah ke Tahun1 bagi sesi persekolahan 2019
berkobar haa..maknya nak daftar cepat-cepat,...
risau pula bila dengar cerita tahun ni ramai adik-adik kepada kawan-kawan si abanglong yang tak dapat masuk ke sekolah kat sini,
...terlalu ramai tak tertampung dek sekolah yang baru setahun beroperasi.
dari satu sesi..tahun ni ada sesi pagi dan petang...masalah tak cukup cikgu pula
banyak cabarannya sekolah baru...😊
hari ni baru hari ketiga permohonan dibuka...nama Aisyah dah no.11...
moga adalah rezeki Aisyah untuk bersekolah di sekolah yang sama dengan abangnya,
dekat dengan rumah., penting tu!
Kepada yang terlepas pandang...
permohonan ke tahun1 bagi kemasukan 2018 dan 2019 telah pun dibuka bermula
1mac2017 --> 30april2017
...korang yang ada anak lahir tahun 2011 dan 2012 tu..jom daftar cepat.

macamana nak daftar?
mula-mula kita isi borang secara online kat laman web KPM https://public.moe.gov.my
dah siap..print setiap helaian dan bawa ke sekolah yang telah kita pilih untuk pengesahan.
Nanti dalam borang tu ada la disenaraikan dokumen penting yang kita kena bawa sekali masa nak buat pendaftaran kat sekolah.

selesai proses pendaftaran...tunggu step seterusnya...untuk menyemak status permohonan yang biasanya akan dimaklumkan sekitar bulan Julai/ogos nanti.
jika berjaya..tunggu sekolah hantar surat tawaran yang kita perlu simpan elok-elok..
kena bawa pada hari pertama persekolahan kelak..
jika tak berjaya...kena tunggu lagi..tunggu tarikh untuk membuat rayuan pula dibuka.
dah buat rayuan..tunggu lagi?😁



No comments:

Post a Comment

sudi-sudikan... :)