February 3, 2017

sup daging Siam

terbawa-bawa aura ayam kunyit siam👌👌👌semalamnya tu...
esoknya turn sup daging siam pula...ala Thai sungguh aihhh!
resepinya?...glamer sangat sup daging siam ni, berderet resepinya kat google sana...
paling penting kena ada bahan asas masakan thai tu la ketuk-ketuk serai halia lengkuas daun limau purut...then tumis sekaliharung bersama-sama 4sekawan dan bawangan, semerbak semua...buh rempah sup..terus jadi sup siam😋
hehe..refer blog-blog resepi untuk lebih faham ya, aku ni serba ringkas ja bab masak-masak ni.
eh..dua bahan lagi kena ada...sira jus limau nipis kalau nak feeling sup sedikit masam,
juga cili padi..tu aku skip la anak3 nak makan juga kan.
bertambah nasi memasing.
orang utara tak makan dengan cili kicap sup-sup ni...lagi syok gu dengan ayaq asam berkerisik👌

eh!..gambar tak berkaitan pulak...sambal belacan semalam kot ni😅
sup daging siam dan ayaq asam utara👍
meratah hirisan bawang dan tomato mentah tu bukan saja 'best'...tapi dalamnya ada khasiat yang sangat bagus untuk membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah kita tau!

2 comments:

  1. Uiiii...sedapnya. Kalau beli sup kat gerai tomyam selalunya mesti masam. Tp mmg sedap. Gitu rupanya resepinya yeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi paling sempoi ja yang ni kakHainom :)

      Delete

sudi-sudikan... :)