bihun sup utara & tasik Darulaman Park

tahu tak 'Darulaman Park' tu kat mana?
yesss! kat jitra, Kedah nun utara sana...lokasi bersebelahan highway menuju ke Bukit Kayu Hitam.
antara tempat menarik untuk dikunjungi di Kubang Pasu, daerah paling utara di negeri Kedah.
kalau becerita bab makannya pula...hmm..
bihun sup kat jitra memang antara yang aku cari lah setiap kali balik ke sana
memang lain dari yang lain yang korang tak boleh jumpa rasa tu kat mana-mana tau dak?
so, jangan lupa try bihun sup depa kalau sampai ke bandar jitra, okeyh😉

entry kalini...jom kita ke taman tasik darulaman
inti kastard jagungnya tu..memanggil-manggil aku untuk ke pasar pagi di market jitra😋..3singgit👍
'counter' untuk membeli tiket...macam-macam ada, nak ke toilet, ke surau semua di situ.
dapat kawan terus ceria
menghayun buaian di tepi tasik
mampir ke tepian air untuk snap gambar si telipok..hehe, itu aku
ini yang nak bagitau ni..kat tasik tu pun ada bihun sup jitra yang👌👌👌..nikmat sangat makan tepi tasik pulak tu.
tuuu..cabai dia tuuu...yang tuuu la rahsianya😋..cabai mau lebihhh.
terliur???...okeyh!jom pi makan bihun sup sekarang...😜

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook