January 17, 2017

rtc Kedah letaknya di pekan Napoh

'napoh'...antara perkataan yang berasal dari negara jiran..Thailand,
eh..boleh kata semua nama tempat yang glamer kat Kubang Pasu tu berasal dari bahasa siam pun..Jitra, Kodiang, Changlun...sedikit pelik bunyinya kot, kadang dijadikan bahan untuk membahan.
ecehhh..okey!back to realiti, belum nak jadi wartawan lagi😅
walaupun tajuk atas tu...seakan-akan ye?
bukan nak buka cerita tentang rtc Kedah, bukan juga perihal pekan Napohnya
masa aku balik kampung hujung tahun tu hari...ternampak banner "pesta orkid&flora" kat rtc Kedah...ada satu malam tu aku pun ajaklah mak dan adik aku ke sana,
saja pi malam, feeling-feeling ke pesta Pulau Pinang😄..ehh, lama betul tak ke pesta Pulau Pinang, ada juga tido Penang cuti tu hari..tapi hotel kat Batu Ferringhi, memang taklah nak turun ke pesta, nun boleh tahan nak pusing pulau juga malam-malam pulak tu.
Pesta kat napoh pun menarik apa, ada tempat anak nak main-main, nak makan-makan, nak beli-beli, tudung bawal/shawl pucci😊 paling meriah...cantiknya lahai syok tengok.
tapi lagi syok tengok bahagian pesta floranya lah...dapat kenal-kenal belek-belek pokok yang selama ni cuma mampu tengok kat google..macam 'pokok daun rama-rama', pokok buah fig ramai yang beli...dan kenal banyak lagi pokok-pokok yang aku belum pernah dengar namanya apatah lagi tengok pokoknya, kiranya dapat tambah ilmu jugalah..jauh beza bila pergi pesta flora kat Putrajaya sebok dengan nak bergambar saja sebab cantik sangat😊

my bayang2 ni of coz la ada dimana aku ada😘...baju tido jer haa
mak dan orkid'sss

3 comments:

  1. Saya dah naik atas tu.
    Dulu tak secantik tu. Tahun 90han

    ReplyDelete
  2. waaa...boleh masuk dalam checklist antara tempat yang nak dilawati

    ReplyDelete
  3. Mak Sue umur berapa. Mau jugak dia berjalan ye.
    RTC mmg kena banyak buat aktiviti barulah meriahkan. Sekurang kurangnya org yg pergi tak boring

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)