January 6, 2017

Membuka tirai 2017

Tak muncul-muncul entry 'selamat tahun baru' pun lagi eh 😅
entry jalan-jalan cuti sekolah December lepas banyak tak abih lagi, tu 'kiv' sat.
haruslah bagi laluan kepada cerita paling hot di awal tahun.."cerita anak-anak ke sekolah"
...seringkas yang dapat, janji masuk blog.
Anak no.1, mr.abanglong masuk 'tahun 3'.. Alhamdulillah, semakin 'matured',
tqsm buat cikgu-cikgu yang telah meletakkan nama abanglong dalam barisan
'Pengawas sekolah 2017'.. buat abanglong lebih yakin diri 💪💪💪.. penting tu,
tak apalah berhabis sikit beli itu ini bagi mengikut piawaian keseragaman.. baru 'smart'😎
moga semangat maju jaya dalam pelajaran juga sentiasa berkobar-kobar.
cik kakngah Aisyah juga dah start ke tadika tahun ni, alhamdulillah bersemangat untuk ke sekolah setakat ni... siang malam asyik becerita sekolah dia..tak sabar nak ke sekolah setiap pagi, so sekali keluar dengan si abanglong...gelap-gelap 7pagi dah keluar, lepas hantar si abanglong terus hantar kakngah Aisyah pula.,abanglong dah jadi pengawas sekolah ni kena sampai awal ke sekolah, tak dapat naik van sekolah lagi la nampaknya.
Mama tak payah nak malas-malas kat rumah sangatlah, jom hantar anak-anak sekolah😂
moga anak-anak mama menjadi orang yang berjaya, dunia dan akhirat, aminnn.

buku tahun 3, "selamat belajar abanglong"
mama tak boleh ngelat dah, rajin2kan diri iron kemeja lengan panjang😅, lega sebab cikgu pilih brand "canggih"👍
sementara tunggu hari perlantikan rasmi...baru dipakaikan tie&vest semua tu, jahitkan dulu lencana yang ada.
kesesakan di hari pertama sekolah...ramai parents tahun1 lepak kat sekolah...
Alhamdulillah, muka monyok hari pertama sudah bertukar ceria...👍selamat maju jaya untukmu anak-anak.

2 comments:

  1. Sekejap je rasa masa berlalu pantas ye Sue. Anak anak cepat betul besarnya. Yg tal bestnya kita dah semakin tua huhu...

    Tahniah abg Long

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)