#gunungJerai kami mai!

gunungJerai kami daki... tapi meh nak habaq siap-siap...
'gunung Jerai kami daki'⛰.... by car 🚗
yup, tak dapat la nak ber'jungle tracking bagai kami ni, berdukung bagai adalah.. hiks.
Errr.. tapi ramai je yang macam kami,
kalau tak confident untuk drive kereta sendiri, ada je disediakan transport berserta driver juga untuk bawa kita naik ke puncak gunung Jerai.
Ada apa atas gunung Jerai tu? "nak pi naik cari apa aihh"???
ingat lagi kata-kata mak sedara bila aku bagi tau nak pi naik gunung Jerai.. tu belum cakap nak pi tidur kat gunung Jerai lagi tu.. mau macam-macam lagi ayat tak setuju dia keluar nanti.
1st time juga aku naik ni.. walaupun zaman-zaman sekolah dulu sentiasa ada jer persatuan kat sekolah dok pi panjat-panjat gunung Jerai ni..
hutan weyhh.. hutan, mulut mau cakap yang baik-baik saja.
Aku siap ajar anak-anak bagi salam dulu masa kereta kami mula nak mendaki tu..
Alhamdulillah, rasa dipermudahkan walaupun ada jumpa benda yang tak masuk akal juga lah... contohnya macam nampak lelaki tua bertongkat jalan kaki sorang-sorang, heran tapi buat tak tahu sudah, hutan kan, tapi lepas tu serempak pula dua perempuan berkaki ayam jalan turun bukit, kasut ada tapi pegang.. jungle tracking kot... tak jumpa pun kalau-kalau kereta rosak tepi jalan tu.
Kami arah mendaki.
Sampai atas jumpa 2 persimpangan kami pilih kanan terus masuk parking resort....
simpang ke kiri pula lorong kecil menurun bukit.. cerita tok Sheikh kita sambung next entry,
in shaa Allah.
Pada aku,... banyak-banyak tempat tanah tinggi yang pernah naik..Cameron, Fraserhill, Bukit Tinggi, Genting.. gunung Jerai paling aku kecut perut dengan struktur jalannya... macam genting ke gunung Mat Cincang tu kecut juga tapi kecut stail naik cable car la pulak😅

kami di puncak JERAI
saujana pemandangan sawah padi di bawah sana, sory'camera hp gitu je la seadanya
muka ngantuk jer masing-masing dibelai bayu sejuk gunung jerai
tapi rasanya...gunung sebelah tu baru betul-betul puncak jerai kot
depan lobby
gambar aku snap semua nak ada hidrangea...segar bugar depa kat atas sana
mana ada hidrangea...situ ada aku...ehh, suami pun kena paksa bergambar dengan hidrangea👀

You Might Also Like

4 comments

  1. lama sangat tak pegi gunung jerai. rasanya first & last pegi lebih 10 tahun lepas.

    ReplyDelete
  2. Sy dh lama teringin nk naik gunung jerai ni tp tu la kereta buruk..takut nak naik kang tersadai kt atas gunung.hahaha.

    Wow benda tak masuk akal tu seram jugak la.kiki

    ReplyDelete
  3. Sy dh lama teringin nk naik gunung jerai ni tp tu la kereta buruk..takut nak naik kang tersadai kt atas gunung.hahaha.

    Wow benda tak masuk akal tu seram jugak la.kiki

    ReplyDelete
  4. Ohhh ada resort jugak ye Sue kat atas tu. Biasalah tempat tempat tinggi mcm ni banyak sangat mitosnya. Mcm Gunung Ledang jugaklah.

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook