December 27, 2016

Ulangtahun 'bulanmadu'

15dec berlalu lagi,
pejam celik pejam celik sudah tahun ke 9 aku dok la menunggu membilang hari tibanya 15dec saban tahun.. bukan celebrate sangat pun saja suka-suki countdown.. pernah je 15dec yang suami nun tengah laut mencari rezeki.
Alhamdulillah, December2016 ada rezeki  aku&suami berulangtahun bersama, 
tiba-tiba rasa nak makan strawberi celup coklat kat cameron, al-maklum dulu kawen saing-saing 'ctdk'.. zaman-zaman strawberi celup cekelat glamer habaq ang.
Strawberi cameron ni sedap makan kat tempat dia je, yang besar-besar kat' big red strawberi farm' pun kalau beli bawa turun dari cameron dan dan la rasanya bertukar masam sampai terkenyit-kenyit mata lah kalau lidah jenis tak tahan masam.
.....better beli strawberi yang dikeringkan jadi halwa untuk bawa balik..yang tu sedap👍

4 comments:

  1. wow..strawberry tu besar dan segar ..sedapnya makan ngan coklat

    ReplyDelete
  2. Celah mana Big Red Stroberi ni ye Sue. Nanti nak cariklah...
    Ohh Sue kawen zaman zaman Tok Ti kawen ye. Hihi...mmg demam stroberi coklat masa tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa pulak....Hepy Anniversary buat Sue dan suami moga jodoh kekal bahagia hingga je syurga

      Delete

sudi-sudikan... :)