November 19, 2016

Puding roti dan jamuan akhir tahun

Lama juga tak buat puding roti ni selepas.. ermm..
pernah juga buat dulu-dulu suka sangat versi sira sos kastad bagai tu, sampai la ke satu ketika tetiba pula sendiri tak mampu nak telan sebab bau dan rasa telur kuat sangat, cian telur.. sorry ek 😜
So, di malam Jumaat lalu.. ditemani alunan tetes-tetes hujan tup tap tup tap menimpa atap,
awning dapur tu, aku bersemangat menyiapkan sebekas "puding roti tanpa telur dibakar dalam oven".. untuk abanglong bawa ke majlis jamuan akhir tahun pagi Jumaat lepas.
Hasil eksperimen puding roti yang aku skip telur tu maintain cun jugalah kejadiannya.. hiks, wangi sebab esen vanila aku tak skip.., tak payah sira-sira sos kastad la pun sesuai yang amat kalau di bawa masuk majlis, tahu kenapa?..
Rupanya puding roti tanpa telur sedap dinikmati bila dibiarkan pada suhu bilik, berbeza puding roti yang buh telur kan selalu mereka yang suka tulis resepi dok tulis "sedap dinikmati ketika masih suam, sedap juga jika dihidang sejuk"....kiranya ni salah satu kebaikan puding roti tak buh telur la kot😍
Tapi...kan,
puding roti tu tak sampai pun ke majlis kelas abanglong tu, bukan puding je..dengan abanglong sekali tak sampai ke majlis tu...abanglong bermajlis kat depan tv je habiskan sebekas puding roti tuπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...tak tahu lah nak salahkan bas sekolah yang tak muncul-muncul ke orang tu yang dah kena tinggal dengan bas sekolah ke..hihi, orang tu pon mood dah out, offer nak hantarkan pun takmo...puding roti sedap la kot, laju je dia habiskan, tapi tu sepeket besar coklat si ayah belikan untuk dibawa ke kelas..sapa nak makan tu?
jenuh sorok kang dapat kat si adik yang berdua tu..."biyak cekelat" la depa 😰
tengok, cikgu tangkap gambar kenangan beramai-ramai kat kelas...πŸ˜•mama pulak yang 😘😘, mama pantang tau skip majlis-majlis giniπŸ’”πŸ˜œ


3 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. Salah satu fav Reen.. Dpt pula mkn gn kuah nya. Fuh! Nikmat :)

    www.reenri.com

    ReplyDelete
  3. alahai sedapnya puding roti... aii, yang buat untuk abang long tu tak sampai ke sekolah ye.. makan sendiri lah jawabnya... haha.. sedap sgt mama buat, tu yg habis sebekas kat dia.. hihi

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)