October 31, 2016

suatu ketika...#kedahjuarapialamalaysia 2016

Lama dah Kedah tak julang Piala Malaysia..
last tahun 2008, tahun aku lahirkan abanglong.. ingat-ingat lupa time tu, al-maklum tengah excited nak timang anak ke dah ada abanglong time tu?
Ingatan aku lebih kepada zaman kegemilangan bola sepak Kedah masa aku muda remaja,
zaman bangun pagi-pagi pi market beli ikan sayoq, 'sorathabaq' jangan lupa...padahal puas kupas makan kacang goreng depan tv malamnya, haha.. zaman anak dara jangan dok terlebih sorak terjerit mengilai sangat aihh!
hari ni beria bawak balik "sorathabaq" free
 "Kedah! Kedah Pantang Kalah" ':)

Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharung negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau kuning darahku
Negeri Kedah negeriku

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Negeri Kedah negeriku

5 comments:

  1. Sayang Kedah.. banyak kenangan sy kat Kedah.. TAHNIAH...:)

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat Kedah
    Lepas ni piala sumbangsih nampak gaya Kedah jumpa JDTlah..

    ReplyDelete
  3. congrats kedah!

    i seport kedah tau.. btw rindunya Changlun!

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)