October 22, 2016

peacock bass @tasik Timah Tasoh

assalamualaikum wbt.
hari ni kita sambung cerita ikan...ikan laut sudah..ikan sungai pun sudah
hari ni cerita ikan tasik pulaklah...hiks, macamlah aku yang beria pi pancing ikan-ikan tu.
tasiknya nun di utara tanahair...tasik buatan/empangan yang dinamakan sebagai Timah Tasoh punya ceritanya tersendiri, tapi tak perlu la aku copy paste sini sebab aku tak pasti akan kebenarannya,
kepada yang suka cerita-cerita begitu, google je..ramai dah blogger yang menulis sebenarnya.

Balik ke cerita ikan yang bernama "peacock bass" ni tak pernahlah aku tengok apalagi makan
tapi aku tertarik tengok ikan tu, ada rupa :)..boleh masuk akuarium
nama melayu ikan ni pun aku belum pastikan, tapi aku dah beria nak masukkan dalam notaharianmama :)
dikatakan peacock bass ni berasal dari Amazon, jauh juga datangnya...nasiblah sesuai dengan kehidupan di tasik tu, dapat juga orang-orang sini merasa,
katanya isi ikan agak liat ala-ala isi ikan ayam bila dimasak stail goreng-goreng bercili bersos gitu
mungkin lebih sedap jika dimasak stim atau gulai/kari...

saiznya yang masih kecil, taklah seram sangat nak makan
errr...boleh tahan besar juga sebenarnya
iskh..adik-adik aku ni, adventurous sangat hobi tu
mungkin satu hari aku boleh ikut berkhemah sambil berkelah tepi-tepi tasik tu :)
sambil tunggu adik-adik aku pancing ikan kat tengah tasik...sebab ikan ni dok kat tetengah tasik je.

1 comment:

  1. First time dengar nama ikan ni Sue.
    Sedap ke rasa dia ?

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)