memori buah cempedak

cerita budak kampung datang lagiii!
sorry la, tahun ni aku terlebih feeling pulak dengan pokok cempedak tinggalan arwah ayah aku ni, bila aku scroll balik gambar-gambar dalam hp aku tu...tiap kali aku balik kampung ada je aku snap gambar pokok cempedak ni, kenapa pokok cempedak je..nun pokok durian, rambutan, ciku, mangga, pisang, pulasan, mata kucing segala bagai lagi tu kang kecik hati takmo berbuah aku juga kang yang tak dapat menikmati hasil tanaman tinggalan ayah.
Sejak tahun lepas lagi aku perasan ayah aku dah tak berapa hiraukan buah-buah kat pokok cemepdak tu, berbeza sebelum-sebelum tu masa kosongnya dihabiskan dengan menganyam daun kelapa dan disarungkan ke setiap biji buah cempedak yang sedang membesar, ada juga antara anak-anak buah yang dibuang untuk memberi ruang buah cempedak yang pakai sarung tu membesar dengan jayanya. Rupanya ayah nak bagitau buah cempedaknya masih boleh dimakan anak cucu walaupun dia sudah tiada lagi nanti...gitulah rupa bergayutan buah cempedak comel-comel jer saiznya, tak ada sarung, masing-masing berlumba sesama sendiri membesar setakat ruang mampu milik yang ada. Petik buahnya dan bungkus dengan suratkhabar setiap sebiji dan peramlah kat rak dapur memasing, jangan letak atas lantai yang sejuk pula, nanti buah tak boleh masak..tau-tau buruk camtu je.

yang bersarung plastik membesar elok tu dah ada yang choop ke tu :D...sila-sila, ambil dan makanlah wahai sedara-sedaraku.
yang comel-comel tu bagi aku, senang aku nak kilik ala berdumbell2 bak kata dato' qu puteh :)
cempedak comelku sudah berbau...wangi sedapur..hmmm! comel bukan sebarang comel ye.
geramnya aku tengok...comel jer dok bersembunyi di sebalik rerambu, angkat dan masuk mulut ntah berapa tak terkira :D
mana yang sempat masuk tepawe bolehlah frozen dan digoreng bila-bila terasa nak makan, alhamdulillah.

You Might Also Like

3 comments

  1. cendawan saya suka yang dah goreng, lepas tu goreng dengan kutunya sekali...sedap

    ReplyDelete
  2. Wuhhhh....lebatnya. Yang besar besar ni lah sedap goreng kan Aiza, kalau besar sangat tak best.

    Hakak kalau buah cempedak ni seramnya satu, ulat dia tu. Geli weyh

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook