dihujani bahagia

segar bugar semangat berkobar aku nak update blog pagi ni, terima kasih hujan buat mood aku bahagia. Hujan rahmat lebat mencurah kejutkan bangun pagi-pagi Jumaat ni. Bangun2x,Allah nak bagi rezeki. Kalau sebelum ni time hujan lagi nak tarik selimut mengeram bagai, eh! eh! mana azam tahun barunya, hiks.
Selepas maghrib malam tadi.. surprise!
tiba-tiba si dia terjengul depan pintu, balik sekejap-sekejap jenguk anak bini, tahun depan harga minyak dah naik banyaklah kerja dah tak boleh selalu-selalu balik lagi. Kita-kita kat darat ni pun silalah bersedia dengan kenaikan harga minyak tak lama lagi.
Lepas Isyak malam tadi pergi 'q'  kat burger sedap bawah pokok, ada pulak "hamba Allah"  yang senyap-senyap dah bayarkan burger aku dan anak-anak. Debar dup dap dup dap ala-ala zaman secret admirer dok curi-curi belanja pulak aihh.. hihi, apa pun tqsm kepada "hamba Allah"  yang telah bersedekah kepada anak-anak aku la rasanya malam tadi, anak-anak aku tu selalu jer ada 'hamba Allah' yang nak bersedekah kat diorang, aku dan anak-anak doakan beliau semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki yang berlipat ganda, aminnn.
aku takmo pening, pikir positif je la.

gambar hiasan semata ;)

You Might Also Like

2 comments

  1. syukur alhamdulillah, rezeki tak diduga tu

    ReplyDelete
  2. Murah rezeki sabgat tu Aiza. Cenggini tiap tiap harilah kita berberger hihi

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook