jom balik kampung!

seminggu cuti sekolah...pakej raya haji hari malaysia semua ada dalam tu, takkan tak balik kampung.
suami pun ada..congokkk dok rumah, jom la kita balik nawaitu nak gembirakan hati mak, riuh-rendahkan rumah mak dengan jeritan pekikan anak cucu..moga-moga dipermudahkan semualah.
tu pun tunggu ahad baru gerak, biar orang lain balik dulu..bagi reda sket katanya.
terima kasih lah kepada yang dah berbondong-bondong balik hari sabtu, jammed dan raya kan senada seirama...alhamdulillah, lancar sangat perjalanan di hari ahad 9zulhijjah...hikmah berpuasa juga tu, sejuk dingin di perjalanan..dengan hujan di beberapa tempat...boleh skip masa makan kat rnr juga.
tengahari sampai kampung...adik-adik sebok merendang kat dapur, makan tengahari pun belum...sempat lah menyebok tajamkan balik skill membalut ketupat palas :)
Mak nampak ceria membalut ketupat...semua anak menantu cucu ada beraya dengan dia aidiladha kali ni.
snap kat trafik light je ni, pandai dia pandang kamera telefon :)

singgah hentian sebelah regang-regang apa yang patut, abanglong puasa lagi masa ni :)
sampai Kedah baru terasa matahari,...musim menuai dah rupanya.
kecik yang berdua tu mengunyah sepanjang jalan, butang mata si abanglong menahan godaan :)
orang kuat dapur sempat try test laksa cabai sebijik :D yang aku singgah beli kat pekanJitra...sebelum sambung merendang, semeja bahan masak dok menunggu tuudiaa :D

You Might Also Like

1 comments

  1. Mak sure suka ye Sue.....anak cucu balik berkumpul. Riuh rumah hari tu. Sok bila anak cucu mula nak balik, mulalah sayu...

    Bijak jugak hang Sue, balik dikala semua org tgh merendang hihi....kosong highway!

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook