buat kek pulak dia...

mesti lah! birthday anak kot, aku nak la juga anak aku ada moment masak-masak kek dengan mama diorang bila besar nanti, macam aku yang terkenang-kenang moment masa-masa kecik dok buat-buat kuih kek semua dengan mak.
Kerap nau makan kek kat luar bila birthday gigih la baking, kelainan kononnya.
"Mama ni asyik-asyik buat kek kecik jerrr," komen si sulung ':)... hamboiii tu la paling senang jadi nak oii.. hihi, plus paling senang korang nak makan juga..capai dan makan la mana korang nak.. lantai sepah boleh sapu:D
Birthday punya pasal gigih la aku kuarkan mixer semata nak pukul cream cheese yang berkurun bertapa dalam freezer tu.. tu pun salah satu sebab, bercinta nak mengekek bagai ni.. lain la ada bibik yang nak handle kerja cuci-cuci kelengkapan tu nanti, hiks.
Jadi ke idok?.. angan-angan menggunung, kek coklat lapis cream cheese.. kukus youuu, sekali baru lapis cream cheese kek dah naik mengembang penuh loyang.. kes salah saiz loyang la gamaknya... sudahnya jadi la kek coklat kukus toping cream cheese nama diberi..lagi sebahagian yang sepatutnya lapis kat atas lapisan cheese tu aku layangkan sekali lalu kat atas cream cheese tu konon-konon marble ke apa macam kek yang selalu dok berlalu lintas kat fb tu:D, nak tengok ke gimana kecomotannya tu, nanti-nanti scroll gambar kat bawah ye ':D
Lepas tu kan.. lepas tu kan.. derhaka resepi punya pasal, kek takmo keluar dari loyang la pulak, lembab sangat kot, jom masuk oven kasi garing sket..haha, and hasilnya... sampai ke sudah gitu ja dia, main jorong dalam loyang sudah, elok pulak keluarnya.. haihh!.. esok beli kertas minyak simpan siap-siap kot tetiba mai lagi seru mengekek.. ekekekekkk.
antara koleksi gambar kek kecik aku...ni guna tepung hairan kawan bagi, sedap..anak berebut makan takdan nak sira toping
kek beso yang aku buat semalam untuk malam birthday si sulung...21sept.2016

You Might Also Like

1 comments

  1. Hihi.....betul sangat tu....Nak buat kek tu senang jer sebenarnya tp tang nak kena keluarkan mixer, keluarkan timbang, nak membasuh loyang bagai selepaa buat kek tu yg mls sebenarnya kan Sue.....

    Kalau ada manusia yg boleh harap membasuh tak pelah jugak....

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook