September 19, 2016

aidiladha di kampung halaman

kalau di kampung aku "raya haji" katanya. raya korban pun ya juga lah.. ada je sedara mara sekampung buat korban pada hari raya korban tahun ni, tapi lebih kepada mengagih daging ke setiap rumah..masing-masing macam tak datang rasa nak berkumpul memasak berkenduri bagai.. masak-masaklah kat dapur memasing macam raya Aidilfitri tu satgi kita saling bertandang, gitu konsepnya :)
yang kecik-kecik riang beraya dari pintu ke pintu lah apalagi bila yang dah berumur ni beria berebut ambik kesempatan bersedekah duit raya di hari mulia.
Hari raya kedua berezeki makan-makan kenduri daging korban lagi... kat rumah mak sedara di megatDewa..kira jauh jugalah selang kampungnya, yang ni syoklah dia memang gotong-royong sekampung masak-masak... lengkap sup gear box, air asam.. goreng kunyit kerabu perut semua ada lah, disajikan pula buah-buahan petik kat dusun kot mabuk mual terlebih meratah lembu. Alhamdulillah atas rezekiNya. 
salam Aidiladha
berjalan raya
live!dari meja kerja dapur mak...penuh semedang meja tu.
tangan kecil siapakah kat bahu kanan paklang tu..jeng jeng jeng!
sebekas kuih sepit reject juga angkut dari rumah tokwa megatDewa :)

2 comments:

  1. Meriah jugak ye Sue....siap masak masak sekampung, makan makan sekampung cenggitu....kalau kg mak, mcm hari biasa jer....

    ReplyDelete
  2. Rata-rata kalau hari raya korban ni sana-sini kalau tak ada sup tulang pun sup daging mesti ada Sue.

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)