August 11, 2016

hargai nikmat "sihat"

....bila badan mula bagi signal amaran!!!
nampak sangat badan protes habis-habisan misi aku mahu gemok :D
apa pon syukur sangat punya sistem tubuh badan yang dapat berfungsi dengan bagus begini, tahu aje dia nak nyalakan lampu-lampu amaran bila ada yang tak kena. 

....selepas berjumpa doktor?
sudah tiba masanya untuk aku mulakan cara hidup yang sihat dalam kehidupan harian aku.
biasalah bila umur dah ke hujung-hujung 30an ni,kan...mana boleh main redah-redah je lagi.
3 pesanan doktor untuk aku!
1-minum air kosong/ suam sebanyak mungkin.
2-berjalan kaki paling kurang 30minit sehari.
3-bersenam :D 
minum air tu memang aku dah dan sedang dalam proses, tapi yang berjalan kaki tu...nak berjalan ke mana dengan nak berdukung berheret askar aku lagi ni...kang tak pepasal ada pulak kereta berhenti nak tumpangkan kami anak beranak yang dok berjalan bereksesais tepi-tepi jalan tu nak ke playground kat taman sebelah..hiks.
almaklumlah..sebelum-sebelum ni pi playground pon naik kereta.
bersenam?... atau buatlah apa-apa aktiviti yang bagus untuk melancarkan peredaran darah.

aku juga rasa nak dah kena mula amalkan pemakanan yang lebih sihat walaupon doktor tak suruh lagi...kek ke desert manis menarik semua tu sesekali kot teringin sudahlah...kena latih perasaan ngeri tengok kek ke brownies satu lagi apa nama yang pakai telur putih tepek cream tabur buah atas dia tu..lepas ni tengok semua-semua tu..hanyir telur je tu..hihi

3 comments:

  1. Sedang usaha minum air suam banyak-banyak.. Masalah Reen satu je. Dalam pada masa yang sama, Reen suka minum milo o ais. Setiap hari, mesti kena milo o ais. >,<

    ReplyDelete
  2. Untung tau jadi orang slim ni, makan banyak pun slim jer....
    Tulah kadang tu mmg nak jaga makan tp nafsu tu jahat sangatlah Sue...Muda lagi belum pun 30an....tak pe enjoy makan dulu

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)