dapur berasap ala kampung

gittew bunyi tajuknya...apa-apalah janji bertajuk :D
penyeri blog memang nin dia lah, malah ig pun kalau ada lalu pic beridang gini lama pakat tenung, kan :D... padahal kawan kita tu tayang lauk tenggiri masin goreng bawang ja...penangan gambo makanan memang tak dapat diluah dengan kata-kata, haaa gittew :D
Bila hari entah aku try resepi sambal udang blogger tersohor dalam selok-belok menulis resepi tu la, dia tumis bawang rose dengan bawang putih sampai garing dan masukkan cili kisar, cun sangat kejadian sambal nya, merah cantik sebab just guna 3-4 biji bawang rose tu je kan, sambal pun takde la masalah rasa bawang besar tak cukup garing...,proses menumis sambal juga lagi cepat siap.. Patut la bawang rose tu sedikit mahal, kot?. .tips hari ni' jom la kita bersambal dengan bawang rose :)
Tips seterusnya..ecewah ayat macam pro jer pulak.. actually nak kongsi benda yang aku rasa best jaaa..kalau dulu aku suka buh sedikit telur ke dalam bancuhan tepung untuk goreng cempedak, tapi bila cempedak goreng tu dah sejuk bau dia jadi tak best syikit daa.. sebab ada bau telur tu kan.Jadi aku tukar buh mentega ke butter pulak ganti telur dan puas hati jugalah dengan hasilnya cuma keropok krup krap krup krap dia je la dah tak semeriah macam buh telur, kalau anak suka makan krup krap tu elok buh telur lah :)
Penutup cerita buh la sekeping gambar beridang... tilapia garing bersambal uuu, lama kot ngidam, kalau kat luar yang orang jual selalu jumpa tilapia ni masak sambal ijo tu banyak biji cili terkuis-kuis aku hiks.. masak sendiri buh sambal merah puas hati :D
Ikut trend beridang ala traffic light.. ada merah hijau kuning tak cukup la nasi sepinggan.. hihi. Minta ampun sesiap kat yang dok diet Atkins la less carbo la ntah macam-macam lagi la bahasa diet korang tu.. ya. 
menulis pun macam ada yang kurang, mojo belum menjadi...jadilah asal dapat masuk sini gambo selera kampung aku nih.

You Might Also Like

3 comments

  1. Kalau kakak nak bagi tepung gorengan garing masa bancuh tu campur sedikit minyak yg betul-betul panas. Bancuh dulu dgn air biasa dah tu campur minyak panas dan kacau. Cubalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQSM kak, macam pernah dengar style akak tu, nak cuba lah nanti :)

      Delete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook