July 11, 2016

Ramadhan pertama di kampung halaman

Assalamualaikum wbt.
ahaiiii! ini baru betul-betul tertinggal ets gayanya ni, tak terkejar daaa..orang sebok update cerita raya gambar lemang ketupat bagai,..cheq baru terkedek-kedek taip entry 'diari ramadhan' cheq tahun ni..hee,...dapat seketul ni pon jadi la..janji ada.
.....di mulakan dengan itu ini menjelang Ramadhan, kat kampung tahun ni.. tak ingat sudah bila last sambut Ramadhan di kampung.. jarang-jarang sekali seingatku.
Pengalaman baru untuk abanglong juga sebab sehari dua sebelum puasa tu masjid kat kampung buat gotong-royong di masjid termasuk bersihkan kuburan, bersemangat si abanglong mengikut paksu&paklang  ziarah kubur atok kampungnya, bawa mesin potong rumput peninggalan arwah juga. bila gembira tengok masjid atok kampungnya berseri-seri, dengan lampu warna warni nya, laju-laju join tarawih malam pertama tu dengan ayahnya. Imam solat tarawih kecik comel lote, anak-anak tahfiz dari sekolah agama di seberang masjid. Sedap tak terhingga bacaan.. buat abang long terikut-ikut sampai la ni, sengau semacam bunyinya, berminat nak minta dihantar belajar ke arah itu kah?
Pagi-pagi 1ramadhan naik kereta paksu pi hantar kain rumah tailor my kakak sepupu.. ada hati berblouses songket sedondon anak dara ':).. tailor dah bagitau sesiap, lepas raya pon belum tentu siap uitsss, jadi jom la kita beli persalinan readymade untuk pagi raya..hiks
Seperti biasa panas meleting di kampung 1st day puasa, berpeluh-peluh, terbaring si abanglong kita hadap kipas, depan tv mengira detik berbuka penuh bahagia lah semeja hidangan, alhamdulillah atas rezekiNya...di bulan syawal ni marilah kita tayang gambar makanan sewenang-wenangnya ;D 
belum ramadhan lagi dah buat buah melaka, try test gula gerek yang borong kat Padang Besar hari tu ;)
belum ramadhan lagi masa ni, pi try test laicikang jalanan yang katanya femes kat jitra tu
golek-golek depan tv dengan Hana the best ever.
suasana pagi 1ramadhan on the way nak ke rumah tailor...
naik wira pakSu, mama dok belakang
ikut paksu tengok ayam Belanda ke apa ntah nama ayam tu, tak kenai dah jenis-jenis ayam cheq la ni..hihi
risau aisyah takut ke ayam tu, kan ayam dalam rumah dia, berkunci lagi..hehe

1 comment:

  1. wah.. kuih feveret nie.. Buah melaka..
    Seronok rasanya berpuasa di kampung..

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)