cerita raya 2016

Assalamualaikum wbt.
Salam 10 syawal 1437H, belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin buat kamu-kamu yang sudi singgah ke laman  'notaharianmama' lagi dan lagi..terima kasih bebanyak sudi support 'notaharianmama' selama ini.
Raya tahun ni gilir di kampung aku...so pagi raya aku bersama tiga anak aku tu berhari raya dengan mak dan 'paksu' my adik bongsu yang masih single tu ;)
hujan lebat mencurah-curah on off sepanjang hari raya pertama di kampungku tahun ni...abanglong pi solat raya kat masjid naik motor dengan paksunya tu...merasalah depa berdua merempit meredah hujan balik ke rumah selepas dah tak sanggup menunggu lama-lama di masjid, hujan tak juga sereyat-sereyat...anak-anak comel kat kampung totaplah berjalan raya, yang perempuan tau jugalah nak berpayung walau separuh badan dah kuyup..yang laki-lakinya lencun abih dah lah berjubah bagai, abih kasut raya lip-lap berselut, memang tak masuk rumahlah..tunggu depan pintu salam for duit raya...camtu baru betul-betul raya, lenjan habih baju raya. Anak-anak aku orang bandar la katakan, dok dalam rumah tunggu orang datang beraya sajalah..hehe...dapat duit raya jugak, hiks.

mak aku dan adik bongsu aku yang setia menemani mak ke mana sahaja..
adik perempuan aku yang pink dan adik lelaki aku yang maroon beraya rumah mertua tahun ni
aku dan anak-anak takde dondon-dondon tahun ni, matching-matching cukuplah :)
apa pon baju raya ayah kami totap menyerlah...ayah tak beli baju raya tahun ni, pagi raya dah balik hotel pon pakai baju merah dia tu la..hihi
flight balik malaysia tengahari hari raya pertama...sempatlah suami beraya dengan abahnya kat Shah Alam di malam hari raya pertama..alhamdulillah.

You Might Also Like

3 comments

  1. Sereyat-sereyat tu apa dik? Perkataan baru kakak dapat ni hihi...
    Apa pun yg pasti kalau dah kata raya tak kiralah hujan ke panas tetap org akan ziarah menziarahi. Anak-anak lagilah nak duit raya katan..

    Selamat Hari Raya dari kakak:)

    ReplyDelete
  2. hahaha...baru nak tanye soalan yg sama cam kak Zakie...kat pontian hujan gak raya petama tu dik tapi renyai2 je takde le lebat nau...mendung sepanjang hari tapi yg duk dalam rumah ni tetap la berpeluh cam orang mencangkul tanah kekdahnye...kikiki...alhamdulillah ada gak adik yg bole meneman kan mak kat kampongkan...tak sedondon pon takpe yg penting sume nampak homel2 sangat termasuk mama diorang tu... :)

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya.. Jemput singgah blog Reen :)

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook