Salam 10 syawal 1437H, belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin buat kamu-kamu yang sudi singgah ke laman 'notaharianmama' lagi dan lagi..terima kasih bebanyak sudi support 'notaharianmama' selama ini.
Raya tahun ni gilir di kampung aku...so pagi raya aku bersama tiga anak aku tu berhari raya dengan mak dan 'paksu' my adik bongsu yang masih single tu ;)
hujan lebat mencurah-curah on off sepanjang hari raya pertama di kampungku tahun ni...abanglong pi solat raya kat masjid naik motor dengan paksunya tu...merasalah depa berdua merempit meredah hujan balik ke rumah selepas dah tak sanggup menunggu lama-lama di masjid, hujan tak juga sereyat-sereyat...anak-anak comel kat kampung totaplah berjalan raya, yang perempuan tau jugalah nak berpayung walau separuh badan dah kuyup..yang laki-lakinya lencun abih dah lah berjubah bagai, abih kasut raya lip-lap berselut, memang tak masuk rumahlah..tunggu depan pintu salam for duit raya...camtu baru betul-betul raya, lenjan habih baju raya. Anak-anak aku orang bandar la katakan, dok dalam rumah tunggu orang datang beraya sajalah..hehe...dapat duit raya jugak, hiks.
![]() |
mak aku dan adik bongsu aku yang setia menemani mak ke mana sahaja.. |
![]() |
adik perempuan aku yang pink dan adik lelaki aku yang maroon beraya rumah mertua tahun ni |
![]() |
aku dan anak-anak takde dondon-dondon tahun ni, matching-matching cukuplah :) |
![]() |
apa pon baju raya ayah kami totap menyerlah...ayah tak beli baju raya tahun ni, pagi raya dah balik hotel pon pakai baju merah dia tu la..hihi |