June 13, 2016

..hati bak di lambung ombak @batuFeringghi

Salam monday, selamat kembali bekerja selamat kembali ke sekolah..
paling utama selamat berpuasa, sudah masuk hari ke-8, 
sudah seminggu rupanya anak sulungku berpuasa penuh, heran pulak tengok dia kuat kemain bertenaga je sepanjang hari, hari ni pertama berpuasa di hari persekolahan.. dup dap dup dap jugalah hati si ibu memikirin si anak , moga abanglong sentiasa dalam perlindungan Nya, aminnn.
Jom la kita sambung cerita cuti-cuti sekolah tu hari.
Langit a little bit cloudy petang tu, tompok-tompok awan hitam di sana sini.. angin kencang.. laut agak bergelora jadinya ombak yang menghempas pantai kelihatan menakutkan, senak di hati tau bila suami beria nak mendaki bukit berlekok-lekok nak ke Batu Feringghi tu.. 
masa kami turun ke pantai cuaca kembali ceria cuma ombak masih ganas, risau lagi nak melepas bebas anak-anak..walau ada je budak-budak dok berguling-guling dengan ombak tu.. 
kecik-kecik ni kasi celup-celup kaki sudah ':D
Tu pun basah sampai peha juga jeans sorang-sorang, iskh dah la mama nak singgah makan kat gurney dulu baru balik hotel,
bernasib baik masa kat gurney tu dapat parking cun-cun depan mcD, tukar seluar yang basah pastu join kemeriahan makan pasemboq Penang la sapa-sapa pi situ kan, aku dan suami tak berapa sangat, kami suka rojak Singapore :)
char koey teow pun biasa-biasa saja rasanya.. tapi habis juga tu kira ok la 
boleh makan ke lapar kot ':D
sate kakZai masih di lokasi yang sama tapi orang lain dah yang meniaganya.. rasa dah ke laut.. apa habaq kakZai agaknya ya???
*paling tak boleh nak hadam..awat aku nak wefie bagi masuk bambam kat belakang tu pulak tatau..hihi, kena prektis lagi ni :D
hmm..ada jerrr gambo suami snap kan guna hp dia..ada class tersendiri pulak gambar-gambar dia tu..
so,kena masuk entry lain-lain..hiks

3 comments:

  1. Cuti sekolah kali ini rata-rata kejar minggu pertama utk makan angin sebab minggu ke dua puasa.

    Bagus abanglong dah belajar puasa. Kuat dan gigih tu - tahniah dari auntie ye sayang.

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan Sue....
    Wah seronoknya ke Frengghi tapi larat ke nak mendaki tu? Tak panas ke duk tepi pantai tu...

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan Sue....
    Wah seronoknya ke Frengghi tapi larat ke nak mendaki tu? Tak panas ke duk tepi pantai tu...

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)