June 22, 2016

Harum manis di penghujung musim

Salam Nuzul Quran, 17 ramadhan.. dah hari ni.
Sesekali balik ke utara janganlah lepaskan peluang menikmati keenakan mangga harumanis nun di negeri Perlis.
Dah hujung-hujung musim harga cecah RM35 sekilogram.. dapat la 3-4biji kalau pilih saiz agak kecik, yang besar isi tebal sangat pulak pun tak berapa nak syok makan juga. Alang-alang ada jual pulut mangga harumanis kat gerai tu aku tapau la 2bungkus makan dalam kereta on the way ke Padang Besar. Juice harumanis pon ada.. boleh la, air buah mangga lah rasanya untuk aku yang dah segala mak nenek air bercampur mangga aku cipta bila musim mempelam jenuh kat kampung tu, haipp takmo riak cuma nak habaq aku dah tak berapa sangat dah dengan air-air rasa mangga ni':D
Sampai Padang Besar jumpa pulut durian pulak.. eh, mesti lah makan tomyam kalau ke Padang Besar, pulut ayam ke.. ori rasa thai uitss payah jumpa tempat lain tau. Biasalah kata mak aku kalau dulu-dulu dekat-dekat nak puasa memang ramai bertumpu ke Padang Besar dapatkan itu ini persiapan nak sambut posa nak sambut raya, beras pulut, gula gerek yang buh dalam buah melaka tu memang murah kat Padang Besar. Sekarang tak payah mini market kat kampung pon ada semua tu. Yang memborong pes tomyam tak payah cakaplah.. macam-macam jenis tomyam dok ada.. pastikan yang ada logo halal ya. Aku beli buah laici, 8 ringgit juga sekilo.. harga cuti sekolah semua lah kat Padang Besar hari tu, susah nak tawar menawar. 
jom jalan-jalan Perlis
tunggu depa buatkan jus harumanis
pulut mangga harumanis...pulut lemak jadi tak perlu kuah-kuah santan dah...senang nak makan.
tokey nasi kukus makan tomyam kat padang besaq :D
sarat kudapan tokwan borong untuk Luqman mengunyah ;)

3 comments:

  1. akak rasenye tak penah lagi makan mangga harum manis ni... T__T sedap bebeno gamaknye ye...tengok harga kemain mahal le pulak...nasib le akak suka mangga muda jadi takde le tertelan2 ailio...kikiki...bestnye jalan2 sambil shopping :)

    ReplyDelete
  2. Anak hari tu mengidam pulut mangga tu Sue. Dahlah tak pernah rasa pilut mangga tu mcm mana, so mak bedal jerlah buat kuah dia tu hihi...

    Weyh Sue....mak kalau jumpa air mangga, mmg jakun tau.
    Tulah.... kat Utara ni pulut mmg femes....Macamana boleh cantik yeh pulut Utara ni?

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya...! Reen singgah dan follow blog sis.. Jemput singgah blog Reen.. ;)

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)