June 18, 2016

cerita kami di Bukit Bendera

last entry Penang ye hari ni :) 
takdak apa sangatlah nak dicerita..setakat nak abadikan sekeping dua gambar sekeluarga di Bukit Bendera..menutup kunjungan ke Penang penghujung may2016.
Berjaya juga kita orang naik ke Bukit Bendera musim cuti sekolah kali ni.. memang dah niat singgah Penang kali ni nak bawa bebudak naik keretapi ke bukit Bendera, so..ramai ke Q' panjang sket ke kita redah jugalah...pagi tak pagi sangatlah, syok kalau dapat naik first train pukul 6.30am tu, sampai atas boleh feeling-feeling tengok sunrise,..nanti-nantilah, kot tua-tua nanti berduaan dengan suami..kita naik tengok sunrise kat Bukit Bendera ye bang ;D
Dalam pukul 10 pagi beratur beli tiket biasa-biasa lagi ramainya tu, sampai atas pun kategori lengang jer lagi.. tapi masa nak turun tu memang padatlah suasananya kat atas ke kat bawah ke ramainya tak tercerita. Kejap jer kami kat atas.. tengok orang makin ramai naik.. kami pon cepat-cepat turunlah.. dah tengahari dengan semakin ramainya abis bayu sejuk bukit langsung tak terasa dah,  hati memasing pon semua dah kat kampung so.. singgah beli apa yang patut, makan tengahari lagi sekali di Penang pastu beransur sambung perjalanan balik ke kampung. 
*si kakak sudah protes, tak beli apa-apa kat penangHill ni mana boleh balik :D

3 comments:

  1. harap2 dapatlah jumpa benderanya

    ReplyDelete
  2. lama tak naik bukit bendera.. huu.. nampak kg melayu tak dari atas tu.. kena guna teropong ni.. haha

    Blogwalking Sini, jom baca artikle tutorial ini

    Cara Betul Untuk Memasang HTTPS di blog article...

    ReplyDelete
  3. Hihi....merajuklah kakak tu ek. Yelah Sue bukan selalu dpt pergi sini haruslah kena bawak balik sesuatu sebagai kenangan.

    Bukit Bendera ni ramai sokmo kan

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)