May 17, 2016

itu ini Ahad

walaupon sudah selasa..korang tetap kena tengok gambar hari ahad aku, sila...sila :D
tak nampak batang hidung cik matahari pagi-pagi ahad tu kat area rumah aku.. muram mendung sampai tahap kena on lampu dalam rumah... bila aku decide tak jadi lah pi pasar pagi kat stadium tu elok pula matahari tu memancar-mancar.. arghh! ayam dah defrost jadi teruskan aje niat nak bernasi ayam tengahari tu.. ok juga sebab kejap ja matahari tu tunjuk diri.. sekejap pastu hujan kemain mencurah siap kilat petir...syok masak ditemani alunan bunyi hujan.
Bertambah lagi syok makan nasi ayam sup panas-panas time hujan..bertambah-tambah anak beranak. Selesai makan hujan pun beransur sereyat.
dan mendung bersambung di luar, masing-masing dah kenyang dan mula buat hal di bilik...yang kecik berkecah di tengah rumah main pondok-pondok...biarkan.
Lepas asar tengok best ja cuaca, jom la kita keluar pi pasar malam... ganti tak jadi pi pasar pagi tadinya tu.
Cantik meriah pasar malam di petang sesudah hujan. Semua nampak sedap, style aku anak beranak gitu la kalau tengahari makan nasi pastu berselera sangat memang nak mengunyah je pastu..manjang petang membawa ke malam.. tapi aku beli ringan-ringan dah macam kopok lekor kuih-muih camtu.
Aku aim bengkang/bingka benarnya petang tu, semua kaler bengkang ada so aku ambik serba sekeping, 5 keping 2ringgit.
Suami nak soto tapi takde plak penjual yang aku sedap supnya tu.. aku ganti beli mee rebus, sedap juga makan petang-petang sejuk ni kan. Arghh semua pun sedap semua pon selera aihh hujan-hujan sejuk ni kot ':)
aku dan cerita sesudah hujan ;)
jommm..nasi ayam!
pasar malam di Jalan Paip, nampak paip tak?..trademark tu :)
bengkang ubi color coklat paling win, tengok dah tinggal sket pon..bengkang roti pon best!
Aku sudahi entry ahad ni dengan view indah nun di Megat Dewa, akhirnya aku ada sekeping gambar ets berhenti di megatDewa...al-Fatihah untuk adik yang terkorban pada petang ahad tempohari...takziah buat keluarganya,
saujana negeriku

2 comments:

  1. time hujan2 dapat makan sup panas2 memang la sedap sangat kan dik...kire adil la tu tak dpt pi pasar pagi korang pi pasar malam pulak...pasar gak kan...kikiki...salam takziah untuk seluruh keluarga arwah...

    ReplyDelete
  2. Hujan lebat dimana mana rupanya Ahad hari tu yeh. Mak kat Seri Iskandar masa tu pun hujan sampai tak boleh balik KL lah....

    Ohhh ni yg cite kuih bengkang RM2 5 ketui pelbagai warna ye Sue hihi...Mak suka gak gi Pasar Malam ni, cari benda kunyah kunyahan macam tu. Bestkan

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)