May 19, 2016

bersyukur selalu

Selasa last day exam pertengahan tahun di sekolah abanglong, si mama bernafas lega, serius senak perut si mama ni tuhan saja yang tau.. mengenangkan 'level of confident' si abanglong sorang tu, semua dah tahu semua dah faham.. esok nak exam malam dok mengekek tengok makCun je kerjanya.
Alhamdulillah semalam dah dapat balik kertas soalan BI dan BM cikgu dah siap tanda.. 100%, hampir separuh kelas dapat 100%..
tapi ada 4 orang dapat bawah 40/100,..sorang tu 4/100 je markah dia, abanglong siap sebut nama setiap sorang tu lapor ke mamanya..
Bagus sekolah baru abanglong ni sebab tak buat ujian prestasi masa susun kelas hari tu, berpeluang abanglong bergaul dengan kawan pelbagai level. kalau sekolah kluster dulu memang dah susun ikut prestasi sedari awal.
Bagus juga cikgu canang yang markah rendah-rendah tu biar satu kelas tahu, bukan nak mengaibkan tapi untuk buka minda yang pandai-pandai tu..bersyukur dengan rezeki dariNya, sekarang bukan lagi zaman kita nak mencanang yang cemerlang, sebaliknya zaman untuk kita membantu yang terketinggalan untuk naik bersama-sama.. tak perlu nak tamak berkira, Allah ada untuk membahagikan rezeki seadilnya selagi kita berusaha dan bertawakal kepada Nya.
Alhamdulillah aku nampak ada riak-riak tersentuh di wajah abanglong memikir ke kawannya tu, semoga terbuka minda kita ibu-ibu ni juga.. aminnn. 
Dulu abanglong seorang yang suka meluahkan perasaan kepada dinding bilik ':D
.. sekarang dia sendiri yang minta cat nak padam semua hasil karya yang merimaskan dia juga sudahnya.. Adik-adik takde chance lah nak meluahkan perasaan kat dinding nampaknya.. teruklah kalau ada yang berani-berani nak cuba.. penat abang cat tauu:D

3 comments:

  1. Bila dah besar dah tahu mana yg elok dan tak elok Sue
    itu yg sibuk mengecat tak mahu melihatnya lagi:)

    ReplyDelete
  2. tahniah abang long...kipidap hokey...pandainye mengecat..meh2 aunty nak pinjam sehari...tolong aunty diy perabut dalam rumah ni...kite kasi cat sume jadi kaler hijau...hehehe :p

    ReplyDelete
  3. Baguslah abg Long rajin ye Sue..... Nak pulak dia mengecat tu....
    Respek mak tau! Tahniah abg Long.... tulah ganjarannya kalau rajin belajar. Otak abg long mmg dah bijak ni, tgk Mak Cun masih boleh score

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)