ahad di Kuala Selangor

Hari berganti minggu berganti bulan...kesian suami aku, tertangguh-tangguh niat nak pi beli ikan udang beso kat Kuala Selangor.. ada ajerr plan si bini di hujung minggu. saja lah si bini tu kan, dah pi beli ikan udang semua jejauh bawa balik takkan sotong goreng kunyit jer hidang.. elok tunggu mood bini on... kurang-kurang "jemput banggg! sotong bakar bersambal istimewa untukmu" :D
adapun cerita di pasar ni aktiviti last sebelum gerak balik tapi dia tetap no.1 dalam penceritaanlah kan.. jauh pergi mencari ni.
Sebelum tu suami singgah ke satu kedai yang dia tak tersinggah dulu.. see, ada jer tempat dia dah aim dalam diam tu yang "nak pi Kuala Selangor.. nak pi Kuala Selangor" tu ye ':)
Kesukaan suami sangatlah madu kurma ke jajan-jajan Timor tengah ni.. errr, yang bulat berbungkus tu aku yang nak.. harap sedap macam arwah tok bawa balik Dari mekah dulu.."buah ara lempong" kata tok. ok juga dah siap pek comel gini..idaklah tersentak masa menengok harga...jauh banyak juga beza harga tu kalau beli kat sini. kedai ni kat shoplot area bukit Melawati tu jer, tak naik pon bukit tu kali ni.. tutup kepada kenderaan persendirian...weekend kena naik tram.. ramai juga yang beratur nengoknya.
Situ-situ juga ada restoran Pantimor yang sentiasa ada jer pelanggannya. Sini la kita orang makan nasi lemak sedappp, nasi lemak macam mak-mak kita masak dengan wangi daun pandan nya.. nasi berlauk semua pun adalah kesimpulannya rugi kalau lalu tak singgah ;)

Ehem... ingat suami jer ke ada tempat di aim diam-diam, si isteri of course lah ada punya... walaupon frust kejap mulanya, kedai barang rumah tu tutup ahad rupanya tapi aku tetap pulang dengan hati berbunga-bunga...nanti Ramadhan kita rasmi teko baru.. hihi
tapi kalau dah pompuan tu kannn... ada yang lain dah pulak menangkap di hati, tu haa.. balang kuih raya pulak ':)
cantiknya lahai dia lukis-lukis bunga gitu, yang bunga biru tu cun kan.. cuba kalau ada bunga rose ke hidrangea ke, pastu balang tu rendah sket.. so, kita tangkap gambar udah la ye balang ye :D

gambar berbaki lagi...nanti esok-esok aku sambung mengarang :)

You Might Also Like

5 comments

  1. Hmm... kalau dan nama isteri macam mana pun mesti ada keinginan macam yg Sue but nuga kan. Mana boleh statik aje:)

    Mana teko barunya hihi..

    ReplyDelete
  2. Murah sangat ke hudangnya kat Kuala Selangor ni Sue? Sampai mcm mengidam jer gayanya ? Kalau murah nak gak mak ngetest beli hihi....

    Amboi...mentang mentang lee Ghaya tak lama lagi, dah siap siaga rupanya dia. Tak pee....mak mmg paham sangat peel pompuan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah banyak juga klau nk dibandingkan "fresh seafood kualaSelangor" kat jaya grocer. mungkin sbb dekat dengan tempat nelayan naikkan tangkapan

      Delete
  3. Hai sue!!
    Lama x menyinggah sini..
    Hehe, lain benda yg di aim, ada yg lain plak ditangkap ye..
    Cakap pasal kedai timur tengah ni,nurul pun suka jajan2 dari sana... selalu pi beli kat satu kedai tu dalam Ikano.. 😊

    ReplyDelete
  4. wah!!! nangis tengok balang kuih raya tu dik....waaaaaaaa...nape tantik sangat tu... T____T

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook