April 26, 2016

sabtu di GM Klang


ahhaa! kisah Sabtu yang satu ni memang wajib masuk "notaharianmama"
alkisah kasut yang tak kesampaian :(
ada kebetulannya kot aku yang sarat lengan bersangkutan plastik shoppingan tetiba keluarkan hp dan randomly snap gambar ni.. sebab bakul bunga beroda tu mulanya, tapi hari  ni nak fokus ke sipi-sipi nampak sandal abang long dalam plastik yang di pegang sebelum dia tinggalkan plastik tu atas meja  yang sayup-sayup kat depan nun.
Redha, tak berezeki abang long bersandal GM Klang.."abang nak tolong bawa untuk mama jer" katanya.. huhu
takpe lenkali semua beg shoppingan gantung kat lengan kayu jati mama ni jer :D
jenuh jugalah bila diingat masa sesi pilihmemilih tu,dari satu kedai ke satu kedai.. dah berjumpa yang berkenan tak ada saiz pulak, dapat yang berkenan dahhh tinggal pulak.

Aisyah gigurl jugalah yang berjaya tambah koleksi kasut.. uihh.. anak dara sorang tu pantang dengar orang nak beli kasut, dia 10x sebok pilih dan try juga.. sudahnya segala kasut sandal selipar diaaa jer bersepah atas rak kasut kat umah tu haa :D

3 comments:

  1. Tapi kakak suka tau tengok kasut budak perempuan yg comel-comel.
    Untunglah anak dara sorang mestilah dia konker semua:)

    ReplyDelete
  2. dari dulu teringin sangat nak pi sini tapi sampai sekarang masih belom tertunai...dik sini la dulukan ada kekanak meninggal jatuh dari eskelator?

    ReplyDelete
  3. Pernah pergi sini sekali...
    Alahai.... penat mencuba, penat memilih sudahnya tertinggal... bukan rezekilah tu namanya abg long

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)