ohhh i miss u


bila macam dah lamaaa tak balik kampung tu mula la teringat mula la rindu nak makan itu ini kat kampung tu.. padahal sini pun ada bendenya tu.. hihi
semalam baca blog cikSue ibunya Rania dia cerita pulut udang sedap kat Petronas Pendang sana aku ni pon mula lah nak pulut udang juga, mana ya kat Shah Alam ni ada jual pulut udang sedap :)  haha, ngalahkan orang ngidam dah haa.. mencarinya.
eh, apa tajuk aku nak cerita tadi ntah?
Oh, ok tu haa.. koey teow goreng kering dan garing semestinya kesukaan aku, kat hometown aku ginilah dapatnya kalau kita order koey teow goreng.. tak payah nak bagitau kering & garing memang dia akan serve versi kering & garing hancur lebur dah tak rupa koey teow tau.
errr.. kat gambar tu versi goreng sendiri.. kering dah cuma tak garing.. tak cukup confident nak kuat api bagi bau hangit macam kedai dok buat tu.. tak pepasal suami nyanyi "goreng koey teow koey teow nya hangus"... hiks.
Bila nak balik kampung ni?.. nak pi MahaniJohari makan koey teow goreng kering & garing tuuu.
eh," periokbersih" mana ya lokasinya..:D

You Might Also Like

5 comments

  1. nampak sedap la keutiaw tu....ada ayam ditambah kerang perghhh.... hihihi

    ReplyDelete
  2. mak akak pon kalau goreng kuiteow kering2 camtu gak dik...tapi yg dalam gambo kat atas tu memang nampak super sedap la...nak2 isi ayam yg berketul2 tu....dapnyeeee

    ReplyDelete
  3. Kakak tak kisah koey teow basah ke kering dua-dua kakak suka janji kena banyak sayur dan taugeh:) Tak payah kerang bagai pun kakak dah suka tau..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya.....dahlah cuma makan pengat keladi jee tengahari ni.
    Mak cukup tak pandai goreng kue teow, kadang kadang sampai hancur jadinya. Tak sukalah yg hancur gitu...dah hilang rupa kuew teow pulak

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook