April 21, 2016

dia juga makhluk ciptaanNya



banyak pula gambo ular dalam Facebook sehari dua ni.. aku ni dah  la alahan dengan spesies melingkar melingkor ni.. dia punya geleman berhari bermalam  kadang tu masuk mimpi.. pon ada.
tapi tu lah teringat kata mak menakan kat kampung biasanya bulan 4 bulan 5 ni memang musim si berbisa menjalar ni masuk kampung.
Ada lubang-lubang kecik saluran air ke celah bawah pintu ke semua tu jangan leka sumbat sendal siap-siap. Bukan kat kampung je kita yang kat bandar ni rumah tepi bukit sebelah hutan ni tak terkecuali ada jer makhluk tu. errr.. dah tanam ke pokok-pokok pendinding keliling rumah.. yang kata orang tua-tua kalau ada pokok-pokok tu si berbisa menjalar ni tak datanglah rumah kita sebab tak suka dengan bau daun pokok tu.
Dengar-dengar sekolah anak nak ajak parents gotong-royong cantikkan sekolah yang baru sebulan di buka tu tapi sesuai ke tak agak-agaknya nak bawa pokok-pokok limau purut ke limau kasturi tu tanam kat sekolah :D
"semoga anak-anak kita sentiasa dalam perlindungan Nya, aminnn"

6 comments:

  1. singgah pagi..
    salam jumaat..
    yela skrg nie bahaya kan...
    ular² nie kepanasan...mencari tempat yg sejuk...

    ReplyDelete
  2. hadoi la dik akak pon bab yg panjang2 tu kim salam...tengok gambo pon dah kembang2 tekak camno...sian kan kisah kanak2 yg meninggal di patuk ular kat sekolah tu...mintak di jauhkan dari anak2 kite lepas ni...usaha la mana yg bole tu in shaa Allah di lindungi selalu...

    ReplyDelete
  3. harap dijauhkan lah semua daripada makhluk Allah ni ...yela cuaca panas sangat ular pun tak tahan nak keluar cari air

    ReplyDelete
  4. eee...scary.pnh nampak ular lidi depan balkoni rumah melilit.tu pun dh seram bdn

    ReplyDelete
  5. Betul... kakak pun perasan sana-sini ada aje kisah ular dijumpai
    Sampai ada tu sembunyi di sebalik pintu kereta. Habis kena kopakkan pintu keretanya. Tapi boleh pasang balik..

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)