March 8, 2016

serai terakhir dan telur itik ayah

 
Ingat lagi balik kampung cuti raya haji tahun lepas, jengok belakang rumah ada 5 ekor anak itik kuning riang ria mandi dalam kolam tadahan air hujan. Ayah tiba-tiba nak pelihara itik, kata mak.
Anak itik comey-comey tu dah besar bising kemain sekarang dok kat rumah dia belakang ceruk dapur tu.. terlambat sikit hantar makan, meriah la depa dok panggil... al-maklum dok dengan ayah makan on time...sempatlah ayah tengok itik-itik tu bertelur.
Balik masa cny tu hari ayah bekalkan secekak serai, buh plastik simpan dalam peti ais elok sampai la ni.., sayangnya kat serai terakhir ni.. lepas ni dah tak de ayah nak bekalkan serai.. huhu.


balik tengok ayah buat kali terakhir, pergi yang takkan kembali lagi..
bawa balik telur itik ayah pulak, yang dah dimasinkan pun ada.. jadi meh la buat masak lemak telur itik. Serai yang ayah bekalkan tu kita ayam bali kan gu masak lemak...

terima kasih ayah. Terima kasih untuk segalanya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah. Al-Fatihah.

1 comment:

  1. telur itik memang cantik buat masak lemak :)
    al-fatihah...

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)