March 8, 2016

senyuman terakhir


malam ini malam ke-7 ayah aku pergi, pergi yang tak akan kembali lagi.
Al-Fatihah untuk ayah.
semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh ayah, aminnn.
macam dalam mimpi sahaja "segalanya 1mac"..sempat lagi aku up entry malam tu.. letak gambar mak Alhamdulillah semakin beransur sembuh kakinya dan ada ayah dalam gambar paling bawah, puas tengok gambar mak ayah aku terlelap dan dikejutkan dengan deringan telefon sekitar jam 12.30pagi.. membawa perkhabaran yang ayah sudah dijemput pergi lebih kurang sejam tadi. Allahuakbar.
Berkemas yang termampu & gerak balik kampung jam 2pagi, alhamdulillah, terima kasih ya Allah, rasa dipermudahkan sangat-sangat semuanya. Seperti mimpi sampai kampung 9pagi camtu, orang ramai berkopiah putih di sana sini, sayu sepi suasana, dalam rumah penuh dengan sedara-mara perempuan. Aku bawa anak-anak tengok atok buat kali terakhir.
Tatap wajah atok yang sedang tersenyum itu buat kali terakhir.
Terima kasih ayah tunggu anak dan cucu-cucu ini buat kali terakhir, bersyukur sangat tergerak hati nak balik kampung jumpa ayah, sembang-sembang makan-makan dengan ayah masa cuti cny tu hari. Ingat lagi bersalaman kali terakhir dengan ayah pagi 9feb, ayah balik awal dari masjid pagi tu sebab kami nak gerak awal balik ke Shah Alam, selalu kalau nak cium ayah kena curi tapi pagi tu ayah tunjuk pipi kanannya suruh cium, terasa licin nipis kulit pipi ayah pagi tu.
Ingat lagi ayah babai anak cucu buat kali terakhir, terdengar-dengar lagi suara ayah menjawab salam suamiku buat kali terakhir sebelum memulakan perjalanan.
Semuanya ingin ku rakam sekemasnya dalam ingatan selagi diizinkanNya.

1 comment:

sudi-sudikan... :)