March 22, 2016

rezeki hari hujan


Pagi-pagi lagi keluar teman abanglong tunggu bas sekolah rasa ada titis-titis hujan timpa muka, seronok tak terkata.. sejuk bumi tuhan hari ni, hujan yang dipohon, dinanti-nanti...rezeki dariNYA.
Lepas sarapan rasa teringin nak keluar.. syok jalan hari sejuk-sejuk ni, tapi tu la, serammm semacam jalan saing lori besar, treller kat jalan tu, banyak group polis dan polis trafik buat roadblock kat persiaran Mokhtar Dahari, insiden semalam la ni.. ke jalan Paip je la.. sampai pekan Meru boleh topup groceries.
insiden semalam...
google


Hujan lebat di meru, Klang,.. sejuk best!
plus cepat lapar :)
lari-lari redah hujan anak beranak, singgah ZM beriani super sedap kedai dia bertentang masjid as-syariff kat simpang jalan Alang Hamzah tu je,
nasi dia boleh tahan, tak kalah dengan JM beriani, set semua bawah rm10, harga Meru.. i like :D
kerusi meja lantai basah tempias hujan, bawa anak kecik-kecik tapau saja la, sabarrr je tengok orang selamba kepit skirt makan beriani sedap, syok woii makan sambil tengok hujan... tak mustahil ada yang minta nasi tambah':)
lepas tu laki bini pakat sengih tengok perut memasing.. hiks. Suami dah plan untuk next order tau.. dia nak try set beriani kambing plak.

No comments:

Post a Comment

sudi-sudikan... :)