March 12, 2016

pinggan ayam pertama

assalamualaikum wbt.
asiklah dengan entry emosi semenjak dua menjak ni,...tak sedaplah pulak orang susah-susah datang blog kita hidang cerita sedih tak abis-abis.

jommm..jom normalkan balik kehidupan :)
first day cuti sekolah....ke Nilai 3 ;D
ngambik kesempatan la kan suami dok ada ni,...laju-laju luah hasrat hati sekian lama pendam kot.
bangun pagi tu ke sekolah baru si abang long, ada orientasi..itu nanti-nanti la entrynya kot,...habis semua dalam pukul 11pagi, singgah mamak semua dekat pukul 12tgh gerak ke nilai3 tu. ontheway tu baru suami tanya nak cari apa kat nilai3...err..errr...nak tengok-tengok pinggan claytan..hihi, nak tengok-tengok jerrr? ;D :D :D

hebat ooo penangan blogwalking ni, sampai juga aku ke kedai pinggan claytan di nilai3 even kedainya nun terceruk yang memang kalau saja-saja jalan-jalan memang tak jumpa rasanya. 
suami dan boboiboy tunggu dalam kereta sudah, sereyau aku..bila bab pinggan mangkuk ni.
Aisyah my bayang-bayang tokleh buat macamana la, mana ada mama situ mesti ada la aisyah, bagus dia kali ni...dah pandai ayat mak dia ni, beli 4biji pinggan corak vintage ada roses burung bagai atas pilihan aisyah tauuu...pinggan tu nanti-nanti la masuk blog....
hari ni nak tunjuk pinggan gambar ibu ayam ni dulu..hehe
kena pi panggil kak Mel wanitagaramdangula mai tengok pinggan ayam aku ni, hihi...hari tu dok heran sangat awat kak Mel suka pinggan ada ayam roaster...kan..kan, karma ka gena ni..hihi
tinggal sebijik tu saja, jadiklah buat pinggan hidang sarapan sesuai kot, besar pinggannya..style pinggan kat KK home deco yang berat lagi gedabak tu...tengah syok nak ngumpul pinggan mangkuk gitu benarnya sekarang ni...set-set bunga ke corak sepesen takmo buat masa ni...suami offer nak bawa pi langkawi beli corelle pon dengar tanpa perasaan jerrr?..pulakkk!

lepas tu pinggan harian pun dah mula kurenggg dengan pinggan putih mulus suci murni yang minat sangat sket masa dulu tu...ada juga termasuk ke kedai pinggan putih macam-macam bentuk kat nilai3 tu..banyak betul pinggannya, timbang kilo dia jual..ishh..ishh..sayangnya dah tak berapa minat.
la nak yang bercorak berpattern colorful bagai pulak..macam trend tudung ke shawl sekarang la jugak kannn, plain dah kurenggg ;D
tu yang angkat sekeping claytan bunga gedabak *kalau perasan yang kat bawah pinggan ayam tu' bertahun dok aim kat rumah orang kot, nak beli tak pernahnya berjumpa...ni dah jumpa..apalagi, tak tengok yang lain dah...bujur pon bujur laaa, janji ada..hiks.



No comments:

Post a Comment

sudi-sudikan... :)