March 11, 2016

Pagi di kampung

Hari-hari kami selepas kepergian ayah,
nak masuk dapur masak-masak langsung tak ada mood,
even untuk kenduri tahlil malam-malam tu pon jiran yang buatkan, sebbaik ada jiran yang memang ada buat pakej katering dalam kampung tu, masak-masak kat situ lepas tu terus bawa ke surau dan masjid.
3hari di kampung, suami menyusul..
suka kemain anak yang bertiga tu berkepit dengan si ayahnya.
Ada chance si mama merempit pi beli cucoq :D

bayang-bayang aku, adik dan motor ayah paling legend kami naik pagi tu...motor tu ada sejak kami kecik lagi
 Mak kata pi beli roti canai kat Megat Dewa sedap, wahhh.. lama tak ke belah-belah Megat dewa sana.. jom la kita, ikut jalan sawah kat belakang kampung
dapat lalu terowong bawah landasan keretapi 'ets' lagi, cuma 'ets' je tak lalu time kami lalu so tak dapat la tengok ets'.. next time mungkin.
Aku dengan adik yang masing-masing tak tau kedai roti canai tu kat mana, nampak warung ramai bertumpu kami pun join la.. awal tak awal kami pi, orang balik dari masjid pun tak siap minum kopi lagi.. hihi, lepas tu pakat tengok kami atas bawah.., sempat tanya kami mai mana?
tak besa nampak kami la tu, jauh kami mai ni.. lepas tu dok tengok yang aku ni sebok sangat dengan telefon padahal tengah syok snap gambar depa :)


1 comment:

  1. setiap yg hidup pasti akan mati...tabah la dik semoga arwah di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman...akak suka sangat kalau ada kampong lagu ni...ronda2 cari makan kat warung2 kecik begini...sebab selalunye warung2 kecik gini masak sedap tau

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)