kaki kanan mak

selepas pembedahan demi pembedahan, selepas hampir 4 bulan berulang alik setiap pagi pi dressing' katanya...
Alhamdulillah, kaki kanan mak kembali pulih sepenuhnya. Mak dah tak perlu berkerusi roda lagi. Syukur alhamdulillah.
Gambar kaki mak ada adik tangkap gambar time dok pi dressing' tu tapi tak perlu rasanya buh sini, ada yang tak selesa pulak nanti...

Mak sedang berkira-kira nak buat kenduri kesyukuran sket di atas rezeki kesembuhan dariNYA
sekalikan kesyukuran dengan kehadiran Nur Hana Sofea dalam keluarga... dah 4 bulan lebih usia Hana, Hana lahir tu hari mak pon warded untuk operate buang nanah kat kaki tu la, ni mak dah sihat bolehlah berkenduri Hana & tok :). Boleh aqiqah kan Hana sekali.
Amin, semoga semua dipermudahkan Nya.

You Might Also Like

4 comments

  1. alhamdulillah...moga mak adik terus di beri kesembuhan dan sehat2 selalu...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah mak dah sembuh..mak ada kencing manis ke Sue?

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Moga mak sihat dalam menjalani rutin harian.

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook