February 13, 2016

'Nat' pokok getah

khemah berderet di kiri dan kanan jalan *google-mohon share-
belakang-belakang nun banyak lagi khemahnya *google -mohon share-
jejak juga akhirnya kakiku ke nat pokok getah nun kat jalan Pauh, Arau Perlis.
Nat ni pasar pagi la kalau ikut bahasa buku.. pasar pagi Ahad, atau ada juga yang kata pasar karat.. bersepah barang secondhand apa nak semua ada situ depa kata...tapi kena awai la baru berjumpa.
......, kurang lebih ala-ala pasar tani pagi Ahad stadium Shah Alam yang berdeting panaih tu la..
yang bezanya, orang Perlis lagi bijak kot sebab pasar pagi depa dalam kebun getah, angin gebus-gebus... sapa tak biasa masuk kebun getah tu jom jenjalan ke nat pokok getah ni..rasain sendiri pengalamannya tu...ronda punya ronda dah jam 12tengahari pon tak rasa panas tak rasa nak balik lagi ka? hehe...apaKAH?
lepas tu ada kubur sebelah pagar kebun getah tu, sambil-sambil bagi salam ke ahli kubur boleh juga bagi peringatan kat yang sebok berjual beli kot tepi kubur tu,kan :) 
pilih-pilih sandal sebelah pagar kubur...abanglong pilih selipar merah ang-ang aihhh untuk mama dia ;)
sungguhlah seperti yang dikata-kata, nak apa semua ada... yang pasti tak sempatlah nak round semua ceruk, besar tak terkata sungguhlah nat pokok getah depa,
ada rezeki kita mai lagi nooo. nak rasa bihun sup atas lori tut-tut dia yang orang beratoq tak putus-putus tu, buka meja bawah pokok getah pon penuh semedang kerusi mejanya. 

4 comments:

  1. wah! pestime ni akak tengok ada pasar dalam kebun getah...jauh bebeno le pulak kalau tak harus kene terjah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kot-kot berjalan ke sana..sebelum ke Padang Besar..molek singgah sini :)

      Delete
  2. syira pernah pi kat sana. best. btw, pekatnya tulis utara. hihi :)

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)